Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Hattan Bakal Berkahwin 21 Ogos 2013

on Jumaat, 24 Mei 2013

Hattan Bakal Berkahwin Dengan Bekas IsteriDatuk Hattan mengesahkan bahawa dia bakal berkahwin semula dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin pada 21 Ogos 2013. Hattan memilih tarikh tersebut untuk majlis resepsi kerana hari itu adalah hari jadi anak mereka, Adam Eiman yang ke 15 tahun. 

Penyanyi berusia 48 tahun ini dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996, kemudian bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Terdahulu, Hattan juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 namun berpisah selepas dua bulan berumah tangga. 




sumber tupai.com.my

Keputusan ABPBH 2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 7 April 2013

on Ahad, 7 April 2013

Keputusan ABPBH 2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 | Keputusan Penuh - Berikut adalah keputusan pemenang bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH 2012 ) yang berlangsung pada 7 April 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Rancangan ini disiarkan secara langsung melalui TV3

1. Artis Baru Lelaki Popular -  Aiman Hakim Ridza
2. Artis Komedi Wanita Popular Didie Alias
3. Artis Duo/Berkumpulan Popular - Black & Malique
4. Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk Aznil Nawawi
5. Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
6. Pelakon TV Lelaki Popular - Aaron Aziz
7. Artis Baru Wanita Popular - Wawa Zainal
8. Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
9. Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
10. Pelakon TV Wanita Popular - Nabila Huda 
11. Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Razak 
12. Penyanyi Wanita Popular - Shila Amzah
13. Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
14. Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz
15. Pelakon Filem Wanita Popular - Yana Samsudin
16. Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 - Shaheizy Sam
keputusan terkini akan diupdate dari masa ke semasa

Masih Aku Cinta Lagu Shila Buat Sharnaaz ?

on Jumaat, 15 Februari 2013

Lagu Terbaru Shila Amzah Masih Aku Cinta | Lirik Masih Aku CintaShila Amzah melalui akaun Twitter beliau mengumumkan lagu terbaru berjudul Masih Aku Cinta yang diakui beliau ditulis untuk Sharnaaz Ahmad.Melalui akaun Twitter miliknya, Shila telah memperkenalkan lagu tersebut kepada peminatnya. 

"My new sounds, Masih Aku Cinta... lagu baru saya... lagu yang saya tulis untuk dia)," 

Masih Aku Cinta ( Lirik )
Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada
Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka
Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta
Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua
Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Video / Audio Masih Aku Cinta


sumber Media Hiburan / Youtube

Filem Juvana Di pawagam Bermula 24 Januari 2013

on Khamis, 24 Januari 2013

Filem Juvana Bermula 24 Januari 2013 | Sinopsis Filem Juvana - Tentu masih ramai yang ingat tentang drama juvana yang pernah disiarkan dulu sehingga mampu mengangkat nama Johan As'ari dalam dunia lakonan. Bermula 24 januari ini Juvana akan kembali dalam bentuk filem dengan jalan cerita yang lebih menarik. Filem Juvana ini bakal menyaksikan lakonan Zahiril Adzim, Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramli, Shafie Naswip, Adam Shah, Idzham Ismail, Shera Aiyob, Sara Ali dan ramai lagi.

SINOPSIS FILEM JUVANA

Kisah Juvana mengambil tempat beberapa bulan selepas tamatnya drama Juvana. Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara.
 
Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa memerhatikannya.
 
Dalam pada itu, Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam dan lain-lain telah dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.
 
Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan.
 
Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar.
 
Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu.
 
Di dunia luar, Daim menjadi sasaran apabila pelajar sekolah lain mengetahui masa lampaunya sebagai pesalah juvana. Mujur ada Sara, yang mulai akrab dengan Daim dan banyak membantunya, terutama dalam bab pelajaran.
 
Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dengan Sara, dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain.
 
Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. 

( sinopsis dari sumber MediaHiburan )


Filem Rock Oo Rimba Bara Kembali

on Jumaat, 11 Januari 2013

Sinopsis Rock Oo | Video Trailer Rock Oo - Filem yang pasti ditunggu-tunggu oleh generasi pengikut zaman rock kapak seperti aku. Rock Oo adalah kesimbungan dari filem rock yang pernah ditayangkan dulu. Filem Rock Oo sekali lagi bakal mengisahkan kumpulan Rimba Bara dalam usaha mereka menjadi pemuzik rock..yeahh..i like it.Filem Rock Oo bakal menemui peminat pada 28 Februari 2013.
ROCK Oo
Filem Rock Oo ini dibintangi Que Haidar, Khir Rahman, Sofi Jikan, Pekin Ibrahim dan Norazmi Bahron, Rock Oo adalah filem arahan Mamat Khalid. Kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar): “Pantang anak petani moden mengundur kalah”.Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung. Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair.

OST filem Rock Oo - Tika dari Rimba Bara


Trailer Rock Oo

5 Finalis Kategori Utama ABPBH 2012

5 Finalis Kategori Utama ABPBH 2012 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 - Berikut adalah senarai top 5 senarai calon akhir ABPBH 2012 bagi kategori utama.


Artis Baru Lelaki Popular
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar
Artis Baru Wanita Popular
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal
Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif
Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama
Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As'ari
Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha
Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak
Pelakon Filem Wanita Popular
1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin
Artis Komedi Lelaki Popular
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak
Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira
Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil
Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura
 Sumber dari laman rasmi ABPBH 2012

Keputusan Anugerah Juara Lagu 27 | AJL 27

on Ahad, 6 Januari 2013

Keputusan Anugerah Juara Lagu 27 | Keputusan Penuh AJL 27 6 Januari 2013 - Berakhir sudah debaran saingan AJL 27. Saingan sengit yang melibatkan 12 lagu dalam peringkat akhir AJL 27. Berikut adalah keputusan penuh AJL 27.

Juara Lagu : Terukir Dibintang ( Aizat ) - Lagu / Lirik : Yuna
Ke 2 : Idola ( Azlan & The Typewritter - Lagu : Audi Mok / Lirik : Azlan
Ke 3 : Ku Akui ( Hafiz ) - Lagu / Lirik : Ajai

Vokal Terbaik : Hafiz ( Ku Akui )
Persembahan Terbaik : Black / RJ ( Teman Penganti )

Senarai Lagu Malam Anugerah Juara Lagu 27 ( AJL 27 )

Senarai Lagu Final Malam Anugerah Juara Lagu 27 - Malam ini 6 Januari 2013 bakal berlangsung malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 27 ( AJL 27 ). Sebanyak 12 lagu bakal berentap malam ini. Berikut adalah senarai lagu yang bakal bersaing dalam AJL 27.

Senarai Lagu Anugerah Juara Lagu 27 | AJL 27
1. Idola ( Azlan n the Typewriter )
2. Pelangi senja ( Stacy )
3. Terukir di bintang ( Yuna )
4. Anak kampung ( Jimmy palikat & One Nation Emcee)
5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira )
6 .Tanpamu ( Amir Jauhari )
7. Lagu ( Bed Room Sentuary )
8. Teman Pengganti ( Black & RJ )
9. Ku Akui ( Hafiz )
10 .Simetri ( Hazama & Amy Seach )
11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo )
12. Patah Seribu ( Shila Amzah )



Majlis Perkahwinan Terhangat 2012

on Isnin, 31 Disember 2012

Majlis Perkahwinan Selebriti Sepanjang 2012 - Nampaknya 2012 sudah sampah ke penghujung dan 2013 semakin hampir. Disini sekadar ingin berkongsi beberapa majlis pernikahan dan perkahwinan terhangat dikalangan selebriti Malaysia pada tahun 2012.

20 Januari - Ally Iskandar/Farah Lee
Ally Iskandar, 35, memilih Nurfarahin Romli, 22, sebagai isteri. Pasangan ini dinikahkan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.


23 Februari - Yusry/Lisa Surihani
Digelar Wedding of The Year untuk tahun 2012.


25 Februari -  Ana Raffali/Naim
Dengan sekali lafaz, Ana Raffali sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah. Pasangan ini dinikahkan bapa Ana sendiri, Mohd Raffali Mohd Nor dengan mas kahwin RM11,412.


1 April - Azza Elite/Azlan Zulaily
Bekas ahli kumpulan Elite ini memilih pramugara, Azlan Zulaily sebagai suaminya. Mereka berkahwin pada 1 April tanpa ikatan pertunangan. 


15 April -  Natasha Hudson/Carleed Khaza
Dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pelakon jelita, Natasha Hudson akhirnya bertemu jodoh dengan rapper, Carleed Khaza. Majlis pernikahan mereka berlangsung sederhana di Masjid Wilayah


27 April - Fasha Sandha/Rizal Ashram
Biar pun berdepan pelbagai kontroversi, ternyata jodoh Fasha Sandha dan Rizal Ashram atau Jejai sangat kuat.


4 Mei - Scha Al Yahya/Awal Ashaari
Setelah beberapa tahun bercinta, pasangan selebriti, Scha Al Yahya dan Awal Ashaari disatukan sebagai suami isteri. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM2,050, sementara wang hantaran dirahsiakan.


6 Jun - Nurul/Eric Depp
Penyanyi hitam manis ini menamatkan zaman jandanya dengan memilih lelaki Perancis, Eric Daniel Depp sebagai suami. Pasangan dinikahkan, Ustaz Azizan Othman di majlis yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang. 


29 Jun - Irma Hasmie/Redza Syah
Pertemuan di Tanah Suci telah menyatukan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah.


7 Julai - Ella/Azhar
Di usia 46 tahun, penyanyi rock terkenal, Ella akhirnya bertemu jodoh dengan pasangan, Azhar Ghazali, 30. Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300.


31 Ogos - Izreen/Azminda dan Muhd Riza
Pelakon drama Juvana ini memilih hari kemerdekaan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan jurukamera bebas, Muhd Riza. Izreen menerima wang hantaran berjumlah RM19,001 dan mas kahwin RM999.


3 November - Farid Kamil/Diana Danielle
Empat tahun saling mengenali, Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya sepakat menamatkan zaman bujang mereka. Majlis pernikahan berkonsep taman berlangsung di Flamingo By The Lake, Ampang.


8 Disember - Betty Banafe/Bruce Darghous
Hampir membatalkan perkahwinannya di saat akhir, Betty Banafe akhirnya sah bergelar isteri kepada jejaka berketurunan Arab, Bruce Darghous. 


22 Disember - Anne Ngasri/Sumali
Menutup tirai 2012 ialah perkahwinan dramatis popular, Anne Ngasri dan ahli politik, Mohd Sumali Reduan yang diadakan di Pontian, Johor.



sumber sinar

Filem Istanbul Aku Datang Kutip 1 Juta Setelah Lima Hari Tayangan

on Rabu, 14 November 2012

Kutipan Filem Istanbul Aku Datang - Setelah lima hari ditayangkan, filem Istanbul Aku Datang berjaya mencatat kutipan RM 1 juta. Filem arahan Bernard Chauly ini menggandingkan Lisa Surihani, Tomok dan Beto Khusyairy. Penggambaran filem secara keseluruhannya dijalankan di Istanbul, Turki.

Filem hasil kerjasama Grand Brilliance dan Red Films itu mengisahkan Dian (Lisa Surihani) yang bertekad pergi ke Istanbul untuk meyakinkan kekasihnya, Azad, (Tomok) supaya melamar sebelum Dian pulang ke tanah air. Namun perancangan dan kegembiraan Dian terbantut apabila Azad meminta dia menyewa rumah sendiri. Dian mencekalkan diri dan meminta bantuan seorang lelaki Turki untuk menyewakan sebuah bilik. Malangnya, Dian telah ditipu sehingga memaksanya untuk berkongsi rumah dengan Haris (Beto). Lalu, berlakulah konflik mengenai perebutan apartmen dan lebih malang, Azad mengetahui bahawa Dian menyewa rumah bersama seorang lelaki.

sumber Sinar

Gambar Majlis Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle

on Sabtu, 3 November 2012

Gambar Majlis Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle - Berikut adalah beberapa gambar sekitar majlis pernikahan pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle yang telah berlangsung pada 3 November 2012. Pasangan ini telah selamat dinikahkan kira-kira jam 9.12 pagi.






sumber gambar dari gua.com.my

Majlis Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle 3 November 2012

Majlis Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle 3 November 2012 - Tahniah buat pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle yang selamat dinikahkan hari ini. Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada jam 9.12 pagi di Hotel Flamingo,Ampang oleh Pegawai Takbir Agama/ Pendaftar Kanan Daerah Gombak.

Diana menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki berupa senaskhah Al-Quran dan telekung, sirih junjung, mas kahwin dan cincin, sepasang persalinan, manisan, kek serta kasut dan bag.Manakala Farid pula menerima tujuh dulang iaitu mini bike Kawasaki, sirih junjung dan Bubble Gum Towel, set pewangi Hugo Boss, sebentuk cincin dan wallet, majalah Polo,manisan dan foto album daripada pihak pengantin.

Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 30 November 2012 manakala majlis sambut menantu pula akan berlangsung pada 12 Disember di Jitra, Kedah.

sumber Gua.com.my

Shila Amzah juara Asian Wave 2012

on Jumaat, 21 September 2012

Shila Amzah juara Asian Wave 2012 - Penyanyi yang semakin meningkat naik Shila Amzah berjaya menjadi juara dalam pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China. Dalam pertandingan akhir itu Shila Amzah menewaskan peserta dari Singapura , China , Korea , Thailand dan India. 

Pertandingan Asian Wave terdiri daripada 30 peserta yang bertanding di peringkat awal yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September lalu dan pada peringkat ini Shila telah mempersembahkan lagu popular Adele, ‘Set Fire to the Rain’ dan sebuah lagu Mandarin berjudul ‘Forever Love’.Selepas itu, hanya seramai 12 penyanyi terpilih ke peringkat akhir. 

Kemenangan Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, disahkan sendiri oleh adiknya, Syahir Amzah melalui laman Twitternya.

Kembar Siam Jadi Bintang TV

on Khamis, 30 Ogos 2012

Kembar Siam Jadi Bintang TV | Abby And Brittany - Pasangan kembar siam Abby dan Brittany Hansel meraikan ulang tahun kelahiran mereka ke-22 dalam episod pembukaan siri realiti televisyen mereka di Amerika Syarikat, lapor media semalam.

Siri itu - berjudul Abby And Brittany - memaparkan mereka memakai cermin mata berhias bagi meraikan hari bersejarah itu. Berasal dari Minnesota, siri itu akan menayangkan detik Abby dan Brittany menamatkan pengajian di universiti, mencari pekerjaan dan mengembara ke Eropah bersama kenalan dalam siri terbaru mereka. 

sumber Hmetro

Iklan Raya Aaron Aziz Jalinan Kasih Astro

on Jumaat, 17 Ogos 2012

Iklan Raya Aaron Aziz Jalinan Kasih Astro - Peminat Aaron Aziz ? Itu tidak penting kot tapi yang penting mesej yang ingin disampaikan. Berikut adalah iklan raya Jalinan Kasih di Astro yang bertajuk Kisah Raya Aaron Aziz. Kisah Raya Aaron Aziz mengimbau kembali kisah raya sewaktu remaja.Dan apabila sudah berkahwin dia dapat merasakan perubahan suasana raya ketika dia remaja dan sekarang.

 

Lagu Raya Dari Boboiboy Dan Yaya Suasana Di Hari Raya

on Khamis, 16 Ogos 2012

Lagu Raya Dari Boboiboy Dan Yaya Suasana Di Hari Raya - Menarik video yang dipaparkan melalui lagu raya versi Boboiboy yang bertajuk Suasana Di Hari Raya. Lagu asal yang pernah dipopularkan oleh Anuar dan Elina suatu ketika dulu. Dalam video ini memaparkan nyanyian dan suara dua watak dalam siri televisyen tempatan popular iaitu watak boboiboy dan Yaya. Berlatarbelakang suasana hari hari yang turut dimeriahkan oleh beberapa watak dalam rancangan itu seperti Ying , Gopal dan Tok Aba. 

Lagu ini pasti akan menarik minat kanak-kanak sepanjang musim perayaan aidilfitri ini.. Terbaikkkkkk ( versi Tok Aba...hehe ) Jom layan..suasana hari raya versi boboiboy dan Yaya.

SUASANA HARI RAYA - BOBOIBOY DAN YAYA


Kalau ada suara Gopal lagi best kan...hehe

Pelawak Yahya Sulong Koma

on Selasa, 14 Ogos 2012

Pelawak Yahya Sulong Koma - Pelawak dan juga pelakon veteran , Datuk Yahya Sulong kini koma dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU ) Hospital Ampang. Datuk Yahya Sulong terjatuh dibilik air dirumahnya di Bandar Baru Sentul. 

Sama-sama kita mendoakan agar Datuk Yahya Sulong kembali sihat.

Datuk Yahya Sulong


Mencari Ramli , Dua Pemain Terpilih Sertai Latihan Di Manchester United

on Sabtu, 11 Ogos 2012

Rancangan Mencari Ramli - Dua pemuda , Ariff Farhan dari Kedah dan Adam Nor dari Selangor berjaya memenangi program Mencari Ramli yang disiarkan di TV9. Selama 13 minggu 30 peserta mengharungi cabaran dalam bolasepak dalam usaha mereka terpilih  bagi menyertai latihan intensif selama seminggu di Manchester United Soccer School dari 18 – 23 Ogos 2012 dan juga berpeluang menyaksikan pasukan Manchester United beraksi di Old Trafford. 

Mencari Ramli merupakan kesinambungan kempen Team Malaysia yang berhasrat mencari pemain-pemain bola sepak berbakat Malaysia yang satu hari nanti mungkin akan menjadi rakyat Malaysia pertama bermain dengan sebuah pasukan Liga Perdana Inggeris.

Mencari Ramli merupakan segmen tajaan TM, yang disiarkan di program Kaki Bola di saluran TV9. Selamat berjaya kepada mereka berdua.

VIDEO RAMLI PERNAH POPULAR SATU KETIKA DULU

Tayangan Filem Tanda Putera Ditunda

on Jumaat, 10 Ogos 2012

Filem Tanda Putera | Finas Tangguh Tayangan Tanda Putera - Filem yang hangat diperkatakan sekarang Tanda Putera yang dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 13 September 2012 bakal ditunda pada satu tarikh yang belum ditetapkan. Menurut Ketua Pengarah Finas , filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu terpaksa ditangguh untuk memberi ruang promosi kepada filem Tanda Putera. 

Filem Tanda Putera berkisarkan politik negara tentang Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa 13 Mei 1969. Filem ini dibintangi aktor Zizan Nin, Rusdi Ramli dan Faezah Elai.

Dejavu Di Kinabalu Bukan Tiru Summer Scent

on Isnin, 6 Ogos 2012

Drama Dejavu Di Kinabalu Tidak Tiru Drama Summer Scent - Penulis skrip drama Dejavu di Kinabalu yang sedang hangat sekarang Erma Fatima menafikan yang skrip drama itu meniru drama popular Korea Summer Scent. Ini berikutkan ramai pihak yang menyamakan drama Dejavu di Kinabalu dengan Summer Scent yang skripnya ditulis oleh Erma.

Antara adegan yang hampir serupa adalah adegan pemindahan jantung. Erma sekali lagi menyatakan bahawa untuk membuat adegan ini dia sendiri membuat kajian dan rujukan dengan Institut Jantung Negara (IJN) dan Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC). 


Recommend On +1
 
© KizMySeLf All Rights Reserved