Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Live Streaming Jerman vs Belanda 13 Jun 2012

on Khamis, 14 Jun 2012

Live Streaming Jerman vs Belanda 13 Jun 2012 | Netherlands vs Jerman Group B Euro 2012 - Pertemuan dua gergasi bolasepak eropah dalam saingan Euro 2012.Jerman pasti akan mencari kemenangan kedua manakala Belanda perlu menang untuk kembali bersaing dalam pemburuan tempat ke suku akhir. Saksikan perlawanan ini secara live streaming melalui link yang diberi di bawah.

EURO 2012 13 JUN 2012
02.45 pagi waktu Malaysia

Live Streaming Greece vs Czech Republik 12 June 2012

on Rabu, 13 Jun 2012

Live Streaming Greece vs Czech Republik Euro 2012 - Perlawanan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam saingan kumpulan A Euro 2012. Greece sekadar seri dalam perlawanan pertama manakala Czech tewas kepada Russia. Perlawanan hidup mati bagi kedua pasukan.Perlu mencari kemenangan untuk mencerahkan peluang layak ke suku akhir.Saksikan pertemuan ini secara online live streaming melalui link di bawah.

12 Jun 2012 , ( 12 tengah malam 13 Jun waktu Malaysia )

Video Gol Malaysia vs Singapore 12 June 2012

Malaysia vs Singapore | Video Jaringan Gol Malaysia vs Singapura - Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia vs Singapura yang dilangsungkan di Stadium Shah Alam pada 12 Jun 2012. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan 2-0 berpihak kepada Malaysia.Berikut adalah video jaringan Shakir Ali dan Shafiq Rahim.

GOL SHAKIR ALI


GOL SAFIQ RAHIM
 

Keputusan Malaysia vs Singapura 12 Jun 2012

Keputusan Malaysia vs Singapura | Malaysia vs Singapore Friendly Result 12 Jun 2012 - Pertemuan kedua selepas pertemuan pertama pada 8 Jun di Stadium Jalan Besar berkesudahan seri 2-2.Kali ini pasukan Singapore bertandang puda di stadium Shah Alam.Keputusan perlawanan berkesudahan dengan kemenangan Malaysia dengan jaringan 2-0. Gol Malaysia dijaringkan oleh Shakir Ali pada minit 19 dan Safiq Rahim minit 61.

Tahniah Harimau Malaya .. menang atau kalah , aku tetap sokong..!!!

Saksikan Video jaringan Shakir Ali dan Safiq Rahim .

Live Streaming Malaysia vs Singapore 12 Jun 2012

on Selasa, 12 Jun 2012

Live Streaming Malaysia vs Singapore 12 Jun 2012 | Siaran Langsung Malaysia vs Singapura Perlawanan Persahabatan Antarabangsa - Pasukan Kebangsaan Malaysia atau Harimau Malaya bakal bertemu sekali lagi dengan Singapore dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan dilangsungkan di stadium Shah Alam hari ini 12 Jun 2012. Ini merupakan perlawanan timbal balik dimana perlawanan sebelum ini telah diadakan di Stadium Jalan Besar , Singapore.Dalam perlawanan itu Malaysia sekadar seri 2-2 dengan Singapura. Perlawanan ini boleh disaksikan secara online live streaming melalui link dibawah.RTM melalui TV1 juga bakal menyiarkan perlawanan ini secara langsung bermula jam 08.40 malam.

12 JUN 2012 , 8.40 PM 
Stadium Shah Alam

Keputusan Ireland vs Crotia 10 Jun 2012 | EURO 2012 Result

on Isnin, 11 Jun 2012

Keputusan Ireland vs Crotia 10 Jun 2012 | Crotia vs Ireland Euro 2012 Group C - Satu lagi perlawanan dalam kumpulan C EURO 2012 yang membabitkan Ireland vs Crotia.Perlawanan yang penuh dramatik antara dua pasukan yang boleh dianggap underdog dalam kumpulan C yang turut disertai Itali dan Sepanyol.Berikut adalah keputusan perlawanan.

IRELAND ( 1 ) - ( 3 ) CROTIA

Keputusan Sepanyol vs Itali 10 Jun 2012

Keputusan Sepanyol vs Itali 10 Jun 2012 | Spain vs Italy Result Euro 2012 - Perlawanan tumpuan untuk hari ketiga Euro 2012 yang membabitkan perlawanan kumpulan C antara Sepanyol dan Itali.Dua pasukan yang boleh dianggap pilihan dalam kumpulan C untuk layak ke suku akhir.Berikut adalah keputusan perlawanan Sepanyol vs Itali.

SEPANYOL [ 1 ] vs [ 1 ] ITALI



Live Streaming Sepanyol vs Itali Euro 2012 | Spain vs Itali 10 Jun 2012

on Ahad, 10 Jun 2012

Live Streaming Sepanyol vs Itali 10 Jun 2012 | Spain vs Italy Euro 2012 - Juara bertahan Sepanyol bakal beraksi hari ini bertemu pasukan Itali.Sepanyol dilihat berpeluang untuk memenangi perlawanan ini berdasarkan persembahan semasa pasukan dan prestasi tidak menentu Itali akhir-akhir ini. Saksi kan perlawanan ini secara online live streaming melalui link dibawah. Perlawanan akan berlangsung pada jam 12 tengah malam ini 11 Jun 2012 waktu Malaysia.

klik sini untuk tonton live streaming SEPANYOL vs ITALI ( 12 malam ini )

Keputusan Jerman vs Portugal 9 Jun 2012

Keputusan Euro 2012 Jerman vs Portugal 9 Jun 2012 - Pertemuan yang dinanti dalam Euro 2012 antara Jerman vs Portugal.Jerman adalah pasukan yang diramal layak ke final manakala Portugal adalah antara pencabar terkuat dalam Euro 2012 kali ini.Berikut adalah keputusan Jerman vs Portugal.

JERMAN ( 1 ) - ( 0 ) PORTUGAL

Gol Jerman dijaringkan oleh Mario Gomez.

Keputusan Belanda vs Denmark 9 Jun 2012

Keputusan Euro 2012 Belanda vs Denmark | Result Netherlands vs Denmark 9 June 2012 - Perlawanan yang menjadi tumpuan hari ini membabitkan Belanda vs Denmark.Belanda boleh dianggap pasukan pilihan berdasarkan barisan pemain mereka namun berdasarkan prestasi semasa kemampuan mereka untuk bersaing masih belum menentu.Denmark pula hadir dalam EURO 2012 sebagai underdog yang pasti tidak akan memberi tekanan kepada pemain untuk memberi persembahan terbaik.Berikut adalah keputusan perlawanan Belanda vs Denmark.

BELANDA [ 0 ] - [ 1 ] DENMARK

- gol Denmark oleh Krohn-Dehli M minit 24


LIKE my Facebook Fanpage 

Keputusan Russia vs Czech Republic EURO 2012

on Sabtu, 9 Jun 2012

Keputusan Russia vs Czech Republic 8 Jun 2012 - Perlawanan kedua dalam kumpulan A Euro 2012 menyaksikan pertemuan pasukan Russia vs Czech Republik.Dua pasukan yang boleh dianggap pilihan untuk melayakan diri ke peringkat suku akhir.Perlawanan berkesudahan dengan keputusan 4-1.

Gol Russia dijaringkan oleh Dzagoev A ( 2 gol ) , Shirokov R dan Pavlyuchenko R. manakala gol Czech Republik pula oleh Pilar V.

Keputusan Poland vs Greece 8 June 2012 Euro 2012

Keputusan Poland vs Greece 8 June 2012 | Result Poland vs Greece - Perlawanan pembukaan EURO 2012 antara tuan rumah bersama Poland vs Greece.Perlawanan yang membabitkan pasukan dalam kumpulan A yang turut disertai Russia dan Czech Republik.Berikut adalah keputusan Poland vs Greece.


POLAND [ 1 ] - [ 1 ] GREECE
- Gol Poland dijaringkan oleh Lewandowski R minit 17
- Gol Greece dijaringkan oleh Salpingidis D minit 51

keputusan akan di update dari masa kesemasa


Keputusan Malaysia vs Singapore 8 Jun 2012

Keputusan Malaysia vs Singapore 8 Jun 2012 - Pasukan Malaysia bertmu Singapura dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Jalan Besar , Singapore.Malaysia mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Azamuddin Akil pada minit 43 sebelum Shafiq Rahim menambah jaringan pada minit 59 separuh masa kedua.

Singapura menjaringkan gol pada minit 81 dan 92 untuk keputusan penuh berkesudahan seri 2-2.

Bintang Di Euro 2012 | Mampukah Mereka Menyinar

on Jumaat, 8 Jun 2012

Euro 2012 di Poland dan Ukraine bakal menghimpunkan beberapa bintang ternama benua eropah.Mereka menyinar bersama pasukan kelab masing-masing didalam liga domestik utama eropah seperti EPL , La Liga , Serie A dan Bundesliga. Di Euro 2012 mereka bakal mengalas cabaran negara masing-masing yang mungkin akan berbeza dengan cara permainan kelab yang mereka wakili.Disini aku senaraikan beberapa pemain bintang bolasepak eropah.Persoalannya mampukah mereka memberi impak dalam EURO kali ini? Disini aku senaraikan dulu 3 pemain yang dijangka menyinar atau mungkin juga akan malap di EURO nanti..

WAYNE ROONEY - ENGLAND
Wayne Rooney bintang Manchester United, membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa pada tahun 2003, dan menjadi yang pemain termuda mewakili England (rekod kemudian dipecahkan oleh Theo Walcott). Dia merupakan penyerang termuda yang pernah mewakili England. Penampilan beliau di UEFA Euro 2004 dengan menjaringkan empat gol, secara tidak langsung menjadikan beliau antara persaing penyerang termuda. Rooney juga telah muncul pada tahun 2006 dan 2010 dalam saingan Piala Dunia dan ini secara tidak langsung telah menganggap beliau sebagai pemain terbaik negaranya. Dia telah menerima Anugerah England Player Of The Year sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2008 dan 2009. Sehingga September 2011, beliau telah memenangi 73 kap antarabangsa dan menjaringkan 28 gol.

Pada EURO 2012 Rooney tidak akan bermain untuk dua perlawanan awal peringkat kumpulan akan menerima kad merah dalam perlawanan terakhir peringkat kelayakan.

CRISTIANO RONALDO - PORTUGAL
Cristiano Ronaldo memulakan penampilan pertama untuk Portugal pada Ogos 2003. Beliau menyertai Euro 2004 dan telah menjaringkan gol dalam kekalahan 2-1 peringkat kumpulan menentang Greece dan kemenangan 2-1 peringkat separuh akhir menentang Belanda. Beliau mendapat nama dalam pasukan terbaik kejohanan walaupun berkesudahan dengan hanya dua gol. Dalam tahun yang sama, beliau juga mewakili Portugal dalam Sukan Olimpik 2004.

Ronaldo antara pemain penting dalam pasukan Portugal dan dijangka dia mampu menyerlah dalam kejohanan EURO 2012.

FERNANDO TORRES - SEPANYOL
Pemain yang mengalami prestasi tidak menentu semenjak membantu Sepanyol menjuarai EURO 2010.Prestasi kurang memberangsangkan ketika mewakili Liverpool dan Chelsea menjadikan pemain ini sering disisihkan dalam skuad Sepanyol.Namun sejak membantu Chelsea menjuarai liga juara-juara baru-baru ini telah memberi keyakinan kepada Torres untuk kembali menemui sentuhan sebagai seorang penyerang yang digeruni.Gol ketika aksi persahabatan dalam persedian Sepanyol ke Euro 2012 ketika menentang Korea Selatan telah meletakan kembali harapan yang Fenando Torres mampu menyinar di EURO 2012.














Jadual Siaran Langsung Euro 2012 Di TV3

Jadual Siaran Langsung Euro 2012 Di TV3 - TV3 bakal menyiarkan beberapa siaran langsung perlawanan EURO 2012 yang akan bermula 8 Jun ini.Ini merupakan berita baik kepada mereka yang tidak melanggan Astro..huhu.. Sebanyak 16 perlawanan terpilih akan disiarkan secara langsung oleh TV3.Berikut adalah jadual waktu siaran langsung di TV3..selamat menonton kepada semua kaki bola..demam EURO kembali..

JADUAL SIARAN LANGSUNG EURO 2012 DI TV3



8 Jun 2012, Jumaat
Poland lwn Greece, 12.00 tgh mlm
9 Jun 2012, Sabtu
Belanda lwn Denmark, 12.00 tgh mlm
10 Jun 2012, Ahad
Ireland lwn Croatia, 2.45 pagi (Isnin)
11 Jun 2012, Isnin
Ukraine lwn Sweden, 2.45 pagi (Selasa)
12 Jun 2012, Selasa
Greece lwn Republik Czech, 12.00 tgh mlm
13 Jun 2012, Rabu
Belanda lwn Jerman, 2.45 pagi (Khamis)
14 Jun 2012, Khamis
Sepanyol lwn Ireland 2.45 pagi (Jumaat)
15 Jun 2012, Jumaat
Sweden lwn England, 2.45 pagi (Sabtu)
16 Jun 2012, Sabtu
Greece lwn Russia, 2.45 pagi (Ahad)
17 Jun 2012, Ahad
Belanda lwn Portugal, 2.45 pagi (Isnin)
18 Jun 2012, Isnin
Itali lwn Ireland, 2.45 pagi (Selasa)
19 Jun 2012, Selasa
England lwn Ukraine, 2.45 pagi (Rabu)
22 Jun 2012, Jumaat
Suku Akhir 2, 2.45 pagi (Sabtu)
23 Jun 2012, Sabtu
Suku Akhir 3, 2.45 pagi (Ahad)
28 Jun 2012, Khamis
Separuh Akhir, 2.45 pagi (Jumaat)
1 Julai 2012, Ahad
Akhir, 2.45 pagi (Isnin)
Untuk Jadual Siaran Langsung Di Astro Arena 801 DISINI.

Harga Tiket | Tiket Online Malaysia vs Manchester City 30 Julai 2012

Malaysia vs Manchester City 30 Julai 2012 | Harga Tiket Malaysia vs Manchester City | Tiket Online -  Juara Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012 Manchester City bakal bertemu pasukan pilihan Malaysia dalam siri jelajah pra musim mereka pada 30 Julai 2012.Pasukan itu bakal membawa skuad utama mereka dalam siri jelajah ini dalam mempersiapkan pasukan itu untuk menghadapi musim EPL 2012/2012.

Tiket untuk perlawanan ini persahabatan antara City dan Pilihan Malaysia dijual pada harga RM58, RM68, RM108 dan RM388, bermula hari ini di semua outlet Ticketpro, Ticketpro hotline serta di laman www.ticketpro.com.my.

EURO 2012 | Perancis

on Selasa, 5 Jun 2012

Perancis | Senarai Pemain | Jadual Perlawanan Perancis Kumpulan D - Perancis atau France merupakan antara pasukan yang mempunyai rekod baik dalam saingan antarabangsa dan benua.Perancis merupakan juara EURO pada tahun 1984 dan 2000.Dalam saingan EURO 2012 Perancis di undi dalam kumpulan D bersama England , Sweden dan tuan rumah bersama Ukraine.Perancis akan membuka saingan kumpulan D apabila bertemu England dalam perlawanan pertama pada 12 Jun 2012.Mampukah skuad kendalian Laurent Blanc memberi cabaran kali ini..?

SENARAI PEMAIN PERANCIS EURO 2012

PENJAGA GOL: Cédric Carrasso (Bordeaux), Hugo Lloris (Lyon), Steve Mandanda (Marseille).
PERTAHANAN: Gaël Clichy (Manchester City), Mathieu Debuchy (Lille), Patrice Evra (Manchester United), Laurent Koscielny (Arsenal), Philippe Mexes (Milan), Adil Rami (Valencia), Anthony Réveillère (Lyon).
TENGAH: Yohan Cabaye (Newcastle), Alou Diarra (Marseille), Florent Malouda (Chelsea), Marvin Martin (Sochaux), Blaise Matuidi (Paris St-Germain), Yann M'vila (Rennes), Samir Nasri (Manchester City).
PENYERANG: Hatem Ben Arfa (Newcastle), Karim Benzema (Real Madrid), Olivier Giroud (Montpellier), Jérémy Ménez (Paris St-Germain), Franck Ribéry (Bayern Munich), Mathieu Valbuena (Marseille)
JADUAL PERLAWANAN KUMPULAN D EURO 2012 
Selasa 12 Jun: Perancis mln England , 12mlm (Astro 825,845) 
Sabtu 16 Jun: Ukraine mln Perancis , 12 mlm (Astro 825,845) 
Rabu 20 Jun: Sweden mln Perancis , 2.45pg (Astro 825/826, 845/846)




Keputusan Euro 2012 | Keputusan Penuh

Keputusan EURO 2012 | Keputusan Penuh | EURO Result - Euro 2012 bakal berlangsung dari 8 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012.Sebanyak 16 pasukan akan bersaing dalam kejohanan benua eropah ini.Antara pasukan yang menjadi pilihan peminat adalah Sepanyol , Jerman , Belanda , England dan Itali serta banyak lagi. Namun diatas padang dalam bolasepak semuanya boleh terjadi.Berikut adalah keputusan perlawanan EURO 2012 yang akan di kemaskini dari masa ke semasa.

KEPUTUSAN EURO 2012 ( akan diupdate apabila kejohanan bermula )

Jadual penuh dan waktu perlawanan ( waktu Malaysia ) DISINI.
Jadual siaran langsung di Astro Arena DISINI.

Keputusan Kumpulan A – EURO 2012
9 Jun –   POLAND vs GREECE 1-1
9 Jun –   RUSSIA vs REP CZECH 4-1
13 Jun – POLAND vs RUSSIA 1-1
13 Jun – GREECE vs REP CZECH 1-2
17 Jun – GREECE vs RUSSIA 
17 Jun – REP CZECH vs POLAND 

Keputusan Kumpulan B – EURO 2012 
10 Jun – BELANDA vs DENMARK  0-1
10 Jun – JERMAN vs PORTUGAL 1-0
13 Jun -  DENMARK VS PORTUGAL 2-3
13 Jun – BELANDA vs JERMAN 
17 Jun - PORTUGAL VS BELANDA
17 Jun - DENMARK vs JERMAN

Keputusan Kumpulan C – EURO 2012 
11 Jun – SEPANYOL vs ITALI 1-1
11 Jun – IRELAND vs CROATIA  1-3
14 Jun – SEPANYOL vs IRELAND 
14 Jun – ITALI vs CROATIA 
18 Jun – CROATIA vs SEPANYOL 
18 Jun – ITALI vs IRELAND 

Keputusan Kumpulan D – EURO 2012 
12 Jun – PERANCIS vs ENGLAND 1-1
12 Jun – UKRAINE vs SWEDEN 2-1
15 Jun – SWEDEN vs ENGLAND 
16 Jun – UKRAINE vs PERANCIS 
20 Jun – ENGLAND vs UKRAINE 
20 Jun – SWEDEN vs PERANCIS


** tarikh perlawanan mengikut waktu tempatan Malaysia **

Jadual Siaran Langsung Euro 2012 Di Astro Arena Saluran 801

on Isnin, 4 Jun 2012


Siaran Langsung Euro 2012 Di Astro Arena 801 | Waktu Siaran Langsung - Kehangatan Euro 2012 semakin dirasai dan saya yakin ramai kaki bola tak sabar untuk menanti akan aksi Euro 2012 ini di kaca televisyen. Untuk kali Euro 2012 ini Astro Arena saluran 801 akan menyiarkan 19 perlawanan secara langsung untuk tontonan pelanggan Astro.Berikut adalah waktu siaran langsung perlawanan pilihan yang akan disiarkan oleh Astro Arena 801.
Untuk Jadual Waktu Siaran Langsung EURO 2012 Di TV3 DISINI.
Jadual penuh EURO 2012 untuk perlawanan waktu Malaysia DISINI.


JADUAL SIARAN LANGSUNG EURO 2012 DI ASTRO ARENA 801
9 JUN 2012
KUMPULAN A
POLAND LWN GREECE  - 11.00 MLM

10 JUN 2012
KUMPULAN B
BELANDA LWN DENMARK 11.30 MLM

11 JUN 2012
KUMPULAN C
REP OF IRELAND LWN CROATIA2.00 PG

12 JUN 2012
KUMPULAN D
UKRAIN LWN SWEDEN2.00 PG

13 JUN 2012
KUMPULAN A
GREECE LWN REP.CHECH11.30MLM

14 JUN 2012
KUMPULAN B
BELANDA LWN GERMAN2.00PG

15 JUN 2012
KUMPULAN C
SEPANYOL LWN REP OF IRELAND2.00PG

16 JUN 2012
KUMPULAN D
SWEDEN LWN ENGLAND2.00PG

17 JUN 2012
KUMPULAN A
GREECE LWN RUSIA2.00PG

18 JUN 2012
KUMP B
PORTUGAL LWN BELANDA2.00PG

19 JUN 2012
KUMPULAN C
ITALI LWN REP OF IRELAND2.00PG

20 JUN 2012
KUMPULAN D
ENGLAND LWN UKRAIN 2.00PG

22 JUN 2012
SUKU AKHIR
JUARA KUMP A LWN NAIB JUARA KUMP B - 2.00PG

23 JUN 2012
SUKU AKHIR
JUARA KUMP B LWN NAIB JUARA KUMP A - 2.00PG
24 JUN 2012
SUKU AKHIR
JUARA KUMP C LWN NAIB JUARA KUMP D - 2.00PG

25 JUN 2012
SUKU AKHIR
JUARA KUMP D LWN NAIB JUARA KUMP C - 2.00PG

28 JUN 2012
SEPARUH AKHIR - 2.00PG

29 JUN 2012
SEPARUH AKHIR - 2.00PG

2 JULAI 2012
FINAL - 1.45PG

EURO 2012 | Sepanyol

on Sabtu, 2 Jun 2012

Sepanyol | Senarai Pemain Sepanyol | Preview EURO 2012 | Jadual Perlawanan Pasukan Sepanyol - Menjelang EURO 2012 ini beberapa pasukan menjadi sebutan peminat sukan bolasepak dunia termasuk di Malaysia.Antara yang sering menjadi calon pilihan juara EURO 2012 adalah Sepanyol atau Spain.Pasukan yang digelar Al Roja itu memiliki kekuatan hampir sempurna di setiap bahagian dimana pasukan ini dibarisi begitu ramai pemain dari Barcelona dan Real Madrid.Sebagai juara bertahan dan juga juara Piala Dunia 2010 Sepanyol dilihat mampu memberi impak pada kejohanan bolasepak terbesar benua eropah ini.

Sepanyol dibarisi barisan bintang seperti Iker Casillas , Sergio Ramos , Xabi Alonso ,Cesc Fabregas, Andres Iniesta ,Fernando Torres, Juan Mata dan ramai lagi.Diatas kertas tiada masalah untuk pasukan ini mempertahankan kejuaraan namun cabaran pasukan lain seperti England , Jerman , Itali , Belanda , Perancis dan Portugal tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan yang dipenuhi bintang ini.Dalan kejohanan EURO kali ini Sepanyol di undi dalam kumpulan C bersama Itali , Republik Ireland dan Crotia.

SKUAD SEPANYOL EURO 2012
Penjaga gol:
 Iker Casillas (Real Madrid), Jose Reina (Liverpool/ENG), Victor Valdes (Barcelona).

Pertahanan: Juanfran (Atletico Madrid), Alvaro Arbeloa, Raul Albiol, Sergio Ramos (all Real Madrid), Jordi Alba (Valencia), Gerard Pique (Barcelona), Javi Martinez (Athletic Bilbao).

Tengah: Xabi Alonso (Real Madrid), Santi Cazorla (Malaga), Xavi Hernandez, Cesc Fabregas, Andres Iniesta, Sergio Busquets (all Barcelona).

Penyerang: David Silva (Manchester City/ENG), Jesus Navas, Alvaro Negredo (both Sevilla), Fernando Torres, Juan Mata (both Chelsea/ENG), Pedro (Barcelona), Fernando Llorente (Athletic Bilbao) 



JADUAL PERLAWANAN KUMPULAN C EURO 2012
Isnin 11 Jun:

Sepanyol mln Itali, Gdansk, 12 mlm (Astro 825,845)


Jumaat 15 Jun:
Sepanyol mln Republik Ireland, Gdansk, 2.45 pg (TV3, Astro 801,825,845)

Selasa 19 Jun:
Croatia mln Sepanyol, Gdansk, 2.45 pg (Astro 825/826,845/846)
Recommend On +1
 
© KizMySeLf All Rights Reserved