Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

Aku Korbankan Masa Dan Tenaga

on Isnin, 23 April 2012

As salam , apa khabar semua blogger dan pembaca..tadi ada kesempatan nak BW ke blog rakan-rakan..ada gak yang bertanya kemana menghilang..sebenarnya bukan hilang pun cuma nama jarang berada dalam shoutbox je kot..haha..lagi pun blog agak jarang update kecuali hal-hal keputusan sukan je..belasah je lah janji update..

Sekarang ini aku agak sibuk dalam kerja-kerja berkaitan hal-hal NGO..kah kah.. layan NGO lah pula kan.. tak lama lagi karnival pertama aku dan rakan-rakan akan berlangsung,memang kekadang kepala otak boleh semak..tidur pun tak cukup..namun kerja tetap tak boleh diabaikan sebab itu sumber rezeki..

Harap semua akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.. tinggal 8 hari lagi.. my 1st karnival.. 

Dia Pembaca Setiaku

on Selasa, 10 April 2012

As salam , baru berkesempatan nak menaip sesuatu.Seharian tanpa update satu kejayaan yang sangat luar biasa..kerana aku jarang gagal mengupdate entri terbaru setiap hari.Tapi semalam aku berjaya melakukan..kah kah..apa celop kau nak bangga..haha..

Entahlah semakin hari semakin tumpul minda ini nak berfikir tak seperti mula-mula dulu.Jiwa blogging makin nazak tanpa mampunya membawa watak sebagai blogger..asyik-asyik entry SEO..kah kah..mungkin sahabat pun dah bosan nak menatap..huhu..trafik memang ler tinggi sebab datangnya dari enjin carian..tapi pembaca setia semakin jauh..jauh..jauh..kan kan..aku memang dapat rasakan tu.

Tapi ada juga yang masih setia membaca dan komen..macam cik Fiza ni.. thanks ya..bukan dia sorang je tapi ramai lagi..tapi aku ambil yang paling ketara dimataku je..yang tak tersebut jangan ler kecil hati..

Setuju Tak ?

on Sabtu, 7 April 2012

As salam semua..selamat berhujung minggu..cuti-cuti ini masa untuk relexkan otak..aku ada sedikit persoalan ini..ada sesiapa berani bagi pandangan dan secara tak langsung setuju..haha..moh tengok gambar tu..

Aku cilok kat status FB ni...

Aku Yang Zalim Ke Dia Yang Zalim

As salam semua.. bosan pulak aku tengok blog aku sendiri..asyik entri info je..sendiri bosan beb..kalau orang lain lagi ler kot.. jadi aku nak cerita satu perkara ini..ermm bukan mengumpat tapi nak meluahkan je..apa apa je lah..

Macam ni.. aku terpaksa mengurung kucing aku yang seekor ni dalam reban ayam pada waktu siang sebab orang sebelah rumah aku tu bising yang kucing jantan trang tang tang aku ni selalu merayau rumah dia..merayau je beb...bukan dia merompak pun..siap dia bagi amaran lagi nak racun kucing aku ni..jadi sebab tu aku kurung waktu siang..malam baru aku lepas..

Tapi paling tak tahan..bila dia mengiau-giau masa kena kurung..yer lah kucing kampung dah biasa bebas bersosial..aku aku terpaksa beb demi keselamatan dia..karang mana tahu dia tangkap buang lombong ke kucing aku tu..kasihanlah tapi nak buat macam mana..

Jadi aku zalim ke..orang tu yang zalim..adehhhhhhhhhhhhhh... meoww 

Menjunjung Tranformasi Bangsa

on Selasa, 3 April 2012

As salam semua.Lewat sikit nak share pasal Karnival Iktiraf ( ikatan hati warga Felda ) yang aku sertai 1 April hari tu.Sibuklah katakan.Namun apa yang boleh aku katakan..lepas aku selesai dengan karnival tu,semangat aku menjadi berkobar-kobar kembali untuk lebih aktif dalam persatuan belia..haha.. aku dah bulatkan semangat untuk naikkan persatuan belia Felda MBFM tempat aku ni.. harap-harap semangat aku ni kekal lamalah ye..haha..

Barisan pemimpin sedang bersantai kat Dataran Merdeka.. seharian tak tidur
mata dah pedih ni.. sabar je lah..hahaa

Team Kompang aku untuk Pertandingan Kompang .. satu Malaysia punya
team ni beb.. persatuan lain mana ada buat macam ni..haha

Ke Dataran Merdeka Untuk Karnival Iktiraf

on Sabtu, 31 Mac 2012

As salam buat semua, selamat berhujung minggu kepada yang ada hujung minggu..kalau yang sibuk tu tak boleh nak kata apalah kan..hidup mesti terus.Malam ini aku dalam kul 11.30 malam aku akan bertolak ke Kuala Lumpur.Destinasi adalah Dataran Merdeka.Ini semua sebab terlibat dengan Persatuan Belia MBFM tempat aku ni untuk sertai Karnival Iktiraf.

Semoga perjalanan dipermudahkan.. selamat pergi selamat balik... 

Earth Hour 2012 Jom Bergelap Selama Satu Jam

on Jumaat, 30 Mac 2012

Earth Hour 2012 | 31 Mac 2012 - Earth Hour satu jam dalam setahun.Masa untuk kita bergelap demi bumi.Padam segala cahaya yang boleh mendatangkan haba.. tapi cukup ke setahun sekali.Cukup tak cukup kita patut sokong kempen Earth Hour ini.

Tapi jangan pula nanti bila dah bergelap ada yang buat kerja lain lak.. mana yang pecah rumah dan ada yang ambil kesempatan untuk dot..dot..kih kih..apa pun esok jom kita sahut kempen Earth Hour.. 8.30 malam - 9.30 malam.


Bertukar Dalam Masa 0.05 Saat

on Isnin, 26 Mac 2012

As salam buat semua.. amacam dengan dunia blogging sahabat semua.Ada baik ka? ada naik ka? atau cam gitu-gitu je? tak kisahlah macam mana pun kan janji kita selesa dengan apa yang kita buat.Dah lama juga tak menulis entri-entri santai yang main bantai je apa yang terasa nak tulis ni kan.Ramai juga sahabat yang tegur kenapa dah jadi blog berita..haha..maklumlah blog aku semua cerita sukan dan isu semasa sejak akhir-akhir ini.Yeah lebih popular zaman sekarang orang kata apa..ermm blog SEO.. tak der lah SEO sangat blog aku ni..setakat tampal trafik yang bocor-bocor tu bolehlah..

Kenapa aku lebih banyak entri menjurus kepada info dan seterusnya mengharap kunjungan pembaca dari enjin carian seperti google? Sebabnya aku tak ada masa dah nak mengadap laptop lelama macam dulu..sebab sekarang terlalu banyak urusan duniawi ( akhirat jangan lupa walaupun sibuk ) yang harus diutamakan.Jadi demi meneruskan perjuangan yang belum selesai dalam dunia blog kenalah cover dengan entri SEO..haha..tu jelah alasan aku kepada yang bertanya tu.Lagi pun aku rasa blog aku ni mampu bersaing kat enjin carian ,kenapa tidak untuk mencubakan.

Tapi aku tetap dengan ciri-ciri blog personal kot..tak der lah nak belasah SEO semua..haha..Terima kasih kepada sahabat yang masih memberi sokongan untuk hadir menjenguk..tak caya cuba tengok shoutbox aku tu..kosong je kan dari jejak2 terbaru..itu tandanya aku jarang dapat BW..kih kih...tapi aku tetap akan terjah juga sahabat2 jika ada kesempatan..harus tu...!!!

Tajuk entri nak gempak je..cehh..( tajuk kutip dari dialog cerita Gaban..haha )

Satu Tak Cukup .. Dua Aku Yang Macam Nak Menangkup

on Khamis, 22 Mac 2012

As salam.. senangnya dalam hati.. kalau beristeri dua..terasa dunia ana yang punya.. ucehh..keluar mukadimah dengan lirik lagu Madu Tiga.Opss..jangan betulkan screen PC atau Laptop anda..aku bukan kahwin dua beb.. yang satu tu pun leh sesak belum tentu lepas ujian nak tambah lagi eh..

Pasal ni haa..sejak dua menjak ni..betapa terasa sangat aku tak cukup masa.Kalau boleh nak masa tu bergerak perlahan agar banyak perkara aku boleh buat..betul-betul tinggi punya imaginasi..cerita kartun bolehlah.Memang sekarang aku tak mampu nak update blog secara aktif macam dulu.Sebab sekarang masa aku penuh dengan kerja update urusan kerja..Sebab tu sekarang blog aku ni dah berubah sikit dengan banyaknya entri yang menjurus kepada trafik dari enjin carian je..apa orang kata tu..ermm ISO ..ehh bukan.. ISA ..itu lagi le bukan.. SEO haaa..ni baru betul..bukan apa nak kekalkan ranking je..haha..

Dan yang paling aku pening adalah.. blog yang lagi satu tu pun payah nak update walaupun hanya sekadar blog info..blog ni lah.. www.ohsensasi.net . Pada hal paling senang sebab hanya perlu cari info terbaru dan adjust sikit agar jadi unik sikit.Tu pun tak terbuat sebab tak ada masa..

Namun sesibuk mana pun urusan dunia.. 5 perkara tu kena utamakan juga.. kan kan kan.

Bila Orang Rumah Dah Mula Bertanya

on Rabu, 21 Mac 2012

" bang bila boleh dapat check iklan tu "
" dah berapa dah duit kan iklan blog tu "

Oh.. sekarang orang rumah aku dah pandai tanya dah pasal iklan kat blog.Macam nak sesuatu je..opss tak baik bersangka bukan-bukan eh..tapi ok lah eh, dia dah mula nak ambil tahu pasal blog aku ni..Semua tu boleh buat aku semakin bersemangat untuk terus blogging walaupun masa untuk aku untuk menulis blog semakin terhad..

Kalau mula-mula dulu ..

" boleh percaya ke dengan iklan tu "
" tak penat ke balik kerja ngadap laptop "

Namun sejak aku dah cashout banyak kali duit iklan dia dah mula nak ambil tahu eh..apa-apa pun terima kasih..sebab aku percaya.. tulang belakang kejayaan seorang suami tu adalah semangat yang diberi oleh isteri..kah kah kah..

Ada Yang Hilang Lagi Ke ?

on Isnin, 19 Mac 2012

As salam , cuba pandang kiri kanan ada apa-apa bahaya tak? sebab malang tu tak berbau..kerana malang tu memang tak berbau pun kan.Ingat tak lagi kes kehilangan Dirang dan tak lama lepas tu rentung dibakar..siapa sangkakan.Bukan kes ini je tapi banyak lagi yang berlaku sebelum ini.Jadi ambilah tahu dimana anak anda  berada.

Ini yang terbaru tentang kehilangan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dipercayai dilarikan tiga individu tidak dikenali ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah premis kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas,Kuantan.Mangsa, Siti Nurfatihah Mahadi, 15, keluar ke premis berhampiran kira-kira jam 3 petang bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, masing-masing 11 tahun, sebelum ditarik seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Honda Ungu.

Cerita pasal kehilangan ini aku dapat dari sember BH Online.. harap pihak berkuasa cepat menyelesaikan kes ini.

Rentung Habis Beb

on Sabtu, 17 Mac 2012


Ferrari Hangus - Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berdekatan Mantin.Kereta ini terbabit dalam satu konvoi dengan beberapa kereta mewah lain sebelum pemandunya memberhentikan kenderaannya apabila menyedari kereta itu terbakar.Pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta.

Ferrari tu beb.. siapa tak sayangkan..kalau korang macam mana ?






gambar dari BH Online

Kenapa Bimbang Sekarang Tak Bimbang Yang Akan Datang

on Selasa, 13 Mac 2012

As salam.. panjang ler pula tajuk entri ni.Sama juga panjangnya aku memikir kenapa mereka risau sangat tentang satu perkara ini.Tapi bagi aku yang patut dirisaukan apa yang akan jadi di masa yang lebih panjang..berbelit-belit pula ayat aku dah...janji boleh faham dan sampai maksud.

Macam ni haa.. semua sedia maklum yang Lee Chong Wei menarik diri semasa perlawanan akhir perseorangan lelaki All England 2012 kerana kecederaan bahu.Tapi aku tengok dan baca banyak orang penting dunia sukan lebih risaukan Lee Chong Wei tak boleh main masa Piala Thomas.Tapi kalau dah cedera nak buat macam manakan..dalam sukan perkara itu tak boleh dielak..kalau dah sembuh bolehlah main balik.

Tapi.. seperti yang Datuk Lee Chong Wei sendiri kata..dia akan mengantung raket atau bersara selepas tahun 2013...jadi pada masa tu dah tak ada Lee Chong Wei dah...kalau pun dia masih bermain..mungkin kemampuan dia dah tak sehebat sekarang..usia semakin meningkat.Persoalannya sekarang..dah ada ke calon pengganti yang mampu mengalas cabaran negara dalam arena badminton antarabangsa.Sebab apa yang aku tengok negara lain dah pun menonjolkan beberapa pemain muda yang mampu bersaing sedangkan pemain kita..faham-faham sudahlah ye..Dalam setahun ini harap akan ada kebangkitan dan kemajuan dari pemain muda..

Dapat Juga Aku Lepaskan Geram

on Ahad, 11 Mac 2012

Lepas geram..!!! yeah itulah yang boleh aku cakap.Bukan geram kat orang tau tapi kat blog.Setelah sekian lama tak berkesempatan update blog secara normal kerana kesibukan yang melampau..malam ni belasah layan entri SEO.. SEO ler  sangatkan...kih kih.Jadi malam ni aku cover dua event yang memang hangat di carian google iaitu perlawanan Piala FA dan separuh akhir badminton All England 2012..hasilnya memang berbaloi-baloi..

Memang ler blog aku ni separa personal tapi sekali-sekala test market kat google apa salahnya..lagi pun sejak akhir-akhir ini memang tengah stress dengan kerja yang tak habis-habis..baru aku tahu apa itu sibuk..baru terasa betapa berharganya masa..

Malam minggu..sebelum sibuk menjelma..masa untuk lepas geram terjah blog rakan-rakan blogger lak..yeahhhhhhaaaaaaa...

Gambar sekadar hiasan

Oren Bodoh .. Apa Ada Pada Nama

on Khamis, 8 Mac 2012

Oren bodoh ? itulah jenama yang paling popular dan paling penting mampu beli pada zaman kanak-kanak dulu.Kalau dapat beli oren bodoh ni rasa bangga dan boleh tayang-tayang laa.Sebab boleh dikira antara barang mewah pada zaman aku dulu.Yer lah walaupun harganya cuma 40 sen sebotol..tapi 40 sen dulu tu kalau nak dapat bukan senang.Tak macam sekarangkan.

Tapi cuma aku nak tanya gak..dan sampai sekarang masih tak dapat jawapan..kenapa orang panggil air ni oren bodoh masa tu? Kat mana bodohnya..adeh..Tapi sekarang dah tak minum dah air-air berkarbonat ni.. sebab umur dah meningkat ni..kalau tak jaga makan minum memang cepatlah tamatnya talian hayat..

gambar sekadar hiasan
Terkenang Jua : pesan mak , jangan suka cakap orang bodoh sebab nanti bodoh itu kembali kepada kita balik.. tapi tak sempat tanya mak ,kalau minum orang bodoh lak cam ner..huhuhu..

Boleh Tahan Juga Eh..

on Selasa, 6 Mac 2012

As Salam..dah makan..dah lunch..dah settle kerja .. dah abis kelas? haha..tak kisahlah apa pun kan.Perjalanan kehidupan mesti diteruskan.Amanah dunia dan akhirat harus disempurnakan.Betul tak..ok ini pembuka bicara je..cerita boleh tahan ke..tak boleh tahan ke kat bawah..( taktik nak panjangkan entri ler ni ).

Kata pepatah,melentur buluh biar jadi rebungkan..tapi aku belum pernah tengok lagi ada orang yang melenturkan buluh..tapi itu peribahasakan..ada makna yang tersirat.Cuma aku nak bagi tahulah yang sejak minggu lepas aku dah ditambah satu lagi kerja..ermm menghantar anak sulung aku yang berumur 6 tahun ni ke padang latihan..kenapa eh?

Anak aku ni terpilih dalam team futsal sekolah tabika KEMAS tempat dia belajar sekarang..sebab minggu depan ada perlawanan futsal antara tabika..kih kih..boleh tahan juga aku tengok bebudak kecil ni main.Mana bola pergi semua orang kat padang tu kejar..tak der nak fikir posisi apa pun.Tapi tak apalah bebudak kecilkan..tapi bagus juga dari kecil ni dah dilatih dan didik untuk bergiat dalam sukan..mana tahu ada bakat boleh juga jadi pelapis.

Tapi bila malam lak..satu hal lagi kerja kena buat.. sebab dia mesti cakap macam ni " kaki sakitlah,nak urut.." ermm ..ermm..ermm.. adeh.. buat-buat lelap..dan confirm maknya kena tolong picit-picitkan kakinya..haha..

Alamak Dah Macam Rancangan ON AIR La Pulak

on Isnin, 5 Mac 2012

As Salam.. haha..kena gelak dulu..malam ini aku terpaksa menjadi tenaga pengajar kepada seorang rakan aku ni secara tak langsung aku menjadi juri dan pengkritik..kih kih.Bukan apa esok dia nak jadi pengerusi mesyuarat buat kali pertama..haha..maklumlah baru menang pemilihan jadi pengerusi belia..

Dia cakap..aku komen dan bagi pandangan..tapi seronok juga..kekadang lawak juga sampai boleh pecah perut.sambil-sambil tu sama-sama belajar..Aku sebagai setiausaha dia memang kena berusaha agar pengerusi dalam menjalankan mesyuarat dengan baik...

Dua Hari Yang Memenatkan

As Salam... kembali semula dengan entri yang bukan SEO..haha.Bukan apakan sejak dua menjak ni aku jarang dapat luangkan masa untuk update blog sebab banyak hal yang hendak di urus dan kena hadiri.Jadi untuk menampung dan menampal kebocoran kehadiran pengunjung terpaksalah publish entri SEO banyak-banyak..Sekurang-kurangnya dapat gak elakkan blog bersawangkan.

Hari Sabtu kena hadiri kursus ICT.. dan salah satu modul masa program tu adalah buat blog..sebab aku memang kaki blog tak jadi masalah nak faham apa yang disampaikan..kacang je kan.Masa program tu kena buat blog..jadi aku buat blog baru laa..dan terciptalah BLOG ni..dan tak sangka lak ( memang dah jangka sebab peserta lain zero tentang blog ) ..blog yang aku buat hanya mengambil masa 30 minit jadi blog terbaik hari tu..berbanding peserta lain yang bikin blog mereka dari pagi sampai petang..kui kui..( ayat macam kerek laa plak )..

Hari Ahad..plak kena attend program Perhimpunan Perancangan Pelan Bertindak Belia Parlimen Jempol.Dalam program ni pihak UUM Universiti Utara Malaysia terlibat dalam menjalankan kaji selidik untuk pembangunan belia..selain itu program turut di isi dengan ceramah oleh wakil AMAN MALAYSIA mengenai kekejaman rejim Israel..

Jadi secara rasmi minggu ni tak der cuti..adeh..malam ni kena cas dengan tidur yang lena sebab esok hari isnin dah pasti kerja memang melambak..

Baru Ada Lega Sikit

on Jumaat, 2 Mac 2012

As Salam.. baru berkesempatan nak mengupdate blog eh..memang betul-betul sibuk.Apa-apa pun terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang masih sudi melawat walaupun cerita dah basi..haha..Namun esok akan kembali sibuk dan hilang kelegaan..ketat ..ketat ( dah macam e-novel sayang cikgu ketat-ketat oleh blogger Rafina Mimi )..

Esok ada kursus IT anjuran belia MBFM ..kena attend tu..memang confirm sehari suntuk..Hari minggu kena join himpunan Seribu Belia Parlimen Jempol..jadi sekali lagi cubaan mensawangkan blog akan berlaku..jadi harap-harap segala urusan akan dipermudahkan..

psttt - kat dalam alam barzakh esok lagi sempit beb..jadi pepandailah cari bekalan yang boleh melapangkan..

Mengejar Dikejar

on Khamis, 1 Mac 2012

As Salam semua.Nampaknya makin jarang dapat menjengok blog sekarang.Sekarang terpaksa mengejar dan dikejar oleh masa.Semua ni sejak memegang jawatan setiausaha persatuan belia felda ni..haha.Mana nak settle kerja ..mana nak urus persatuan..tapi semua itu adalah cabaran.Yeah..cabaran itu banyak memberi pengalaman..dan pengalaman itu mendewasakan..kih kih..( terasa semakin tua lak bila makin banyak pengalaman ).

Walau apa pun..setiap apa yang tugas yang kita buat tu jika berjaya pasti akan mendatangkan kepuasan..apa yang penting ikhlas demi kemajuan persatuan dan ahli-ahli..jadi pemimpin perlukan pengorbanan dan bukan untuk korbankan orang bawah..tul tak?
Recommend On +1
 
© KizMySeLf All Rights Reserved