Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

Indahnya Cinta

on Jumaat, 24 Mei 2013

INDAHNYA CINTA 
Indahnya brcinta kalau kerana Allah.
Tiada nafsu yang mengawali hati.
Hanya iman memagari diri.

Tiada sentuhan,jabatan tangan mahu pun belaian.
Selagi belum terlafaz ijab dan kabul.
Selagi belum termetri ikrar dan janji
Selagi belum terpatri hubungan yang diredhai Ilahi.


Ditemani rindu kerana Allah
Ditapisi tahajut pengubat rindu
Dipimpin syukur atas segala nikmat kurnianNya.
Dibentingi iman sebagai penyelamat
Subhanallah,Wahamdulillah,Walaillahailallah Allahuakhbar


Wahai puteri putraku
Kuatkan benteng keimananmu 
Jagalah maruah dan mahkota terindahmu
Agar cintamu subur atas reddha Allah.



bukan hak milik penulis ..hehe

Mencari Inspirasi Untuk Jiwa Blogger Yang Semakin Basi


As salam buat semua.. ku pinang-pinang tak dapat-dapat , ku pujuk-pujuk ku bawa lari.. opss salah lirik.. tapi lebih kurang macam tulah.. puas dah pujuk-pujuk hati ni untuk kembali menulis dan berinteraksi bersama pembaca dan rakan-rakan blogger seperti dulu.. tapi masih tak mampu..kenapa eh.. telah hilangkah jiwa blogger santai aku.. atau aku ni memang dibelenggu rasa malas..haha..

Bila tak buka blog kemain semangat nak mengupdate dan macam-macam cerita yang bermain di kepala. Bila buka blog je.. habis lesap..cerita tah kemana, semangat lagi ler ke laut.. apa pun cuba tetap mencuba ini untuk kembali kedalam blogger arus perdana..hahaha..

Tu Deh Orang Kampung Den , Aksi Ganas Sempena PRU 13

on Isnin, 29 April 2013

As salam buat pembaca. Lama rasanya blog ni tak dikemaskini. Apa nak jadi pun tak tahu lah. Sekarang musim demam. Satu Malaysia demam pilihanraya. Sebelum tu nak pesan JANGAN TERPENGARUH DENGAN TAJUK "  Aksi Ganas Sempena PRU 13 ". Saja nak bikin gempak..hahaha .Pihak-pihak yang bertanding sedang sibuk berkempen. Ditambah pula dengan kehadiran penyokong kuat masing-masing..meriah Malaysia ni.. Yang penting sila berkempen secara berhemah..

Gambar yang aku nak kongsi ni pun gambar kempen..haha.. tapi bukanlah bermotif politik semata-mata..sila bongkar maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat.. Gambar budak kampung aku ni, baru je nikah dua hari lepas.. 


gambar ehsan dari Stone Azman H

Kalau Was Was Jangan Mohon

on Jumaat, 8 Februari 2013

As salam , paling hangat sekarang adalah pasal BR1M 2.0 . Carian tertinggi juga sekarang pastinya tentang BRIM 2.0 . Pertanyaan dan sembang kosong juga semua pasal BR1M. Sebab itu adalah duitkan..

Objektif utama BRIM 2.0 ialah untuk membantu isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan peruntukan sebanyak RM500 dan individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 untuk menerima RM250. Siapa rasa dia layak mohonlah. Tapi kalau ada yang rasa was was takut yang memberi itu ada udang sebalik mee goreng jangan mohon. Itu je.. apa nak pening-pening nak berhujah sana-sini.

Sekadar pandangan peribadi je, kalau tak setuju jangan maki maki ye..hehe

Rindu Rasanya

on Sabtu, 19 Januari 2013

As salam, memang sukar nak memulakan sesuatu tapi nanti kalau dah mula pasti susah nak berhenti. Segalanya bergantung pada faktor masa dan segala ruang kesempatan walaupun sempit harus digunakan sebaiknya. Begitulah yang sedang aku cuba untuk kembali aktif berblog seperti zaman dulu-dulu.

Yeahhh.. aku rindu zaman blogwalking.. zaman entri santai yang aku tulis ikut bantai aku je. Zaman adanya macam-macam segmen..wahaha.. ya aku rindukan semua tu. Kekadang tertanya-tanya juga, masih ada ke rakan-rakan blogger yang ingat kat aku..maklumlah entri aku sekarang semua tentang sukan dan info semasa je. Mana ada yang minat dengan benda macam tu..kecuali pencari google..

AKU RINDU NAK MENULIS ENTRI SANTAI .. tak mahu berharap trafik yang melimpah dari google je..
sekadar tempelan.. bukan aku ni weii

1 Januari 2013 Masa Sesuai Untuk Kembali Aktif ?

on Isnin, 31 Disember 2012

As salam buat semua yang mungkin masih sudi menjengok blog yang agak lama terbiar timbul tenggelam. Hampir 4 bulan aku rasa blog ini hilang arah dan tak berupdate dengan sempurna..haha.. Apa nak dikata jika mood memang dah tak ada. Memang sejak jarang menjengok blog ini , memang ketara aku rasa banyak ketinggalan bermacam info terkini. 

1 Januari 2013 mungkinkah masa yang sesuai untuk kembali aktif ? ( siap ada tanda tanya tu ). Mungkin blog ini akan berubah sepenuhnya kepada blog info dan lebih banyak bermain dengan SEO untuk mengharapkan kehadiran pengunjung. Ini bukan azam untuk kembali aktif tapi cita-cita kot..haha..

Apa-apa pun selamat datang 2013 , semoga hidup lebih cemerlang , gemilang , terbilang.. 

Raja Yakin , Anda Macam Mana ?

on Sabtu, 8 Disember 2012

As salam.. Apa yang hangat sekarang eh? Politik ? arghh cakap pasal politik sampai bila pun tak habis..biasanya menang jadi arang kalah jadi abu. Tapi kalau bab sukan , ermm apa lagi Piala AFF Suzuki lah yang paling hot meletup sekarang. Apa lagi menjelang pertemuan separuh akhir pertama Malaysia vs Thailand di Stadium Bukit Jalil esok 9 Disember 2012.

Nampaknya jurulatih Malaysia Datuk Rajagobal telah menyuarakan kenyakinan beliau yang anak didiknya mampu mengatasi Thailand esok. Apa lagi bila bermain digelanggang sendiri. 

"Saya percaya anak buah saya mampu mencapai keputusan baik pada perlawanan esok dan saya amat berharap mereka akan mempamerkan permainan baik apabila berdepan dengan Thailand," - Datuk K. Rajagobal.

Mengikut rekod Malaysia belum pernah menang ketika menentang Thailand dalam Piala AFF Suzuki ini semenjak 2004. Namun itu hanya sekadar rekod lama. Apa yang penting persembahan di atas padang. Kalau orang kata Thailand kuat , Malaysia pun kuat jugakan. Setiap pasukan ada kelebihan tersendiri. Semoga pasukan kita mampu menunjukkan permainan berkualiti dan menang selesa sebelum perlawanan kedua di Bangkok nanti.

Anda macam mana ?? Mampukah Malaysia mengatasi Thailand nanti.. Walau apa pun keputusan nanti.. menang kalah , aku tetap bersama Harimau Malaya..

Alamak Kena Maki Juga Rupanya

As salam , asyik cerita sukan je blog aku sekarang.Tapi apa nak buat itu yang paling aku minat. Aku memang rajin cari maklumat apa saja maklumat sukan yang panas-panas.. biasalah kita orang tak popular ni jana pengunjung dari google je.. nak harap pembaca tetap mana ada kot..

Pasal tajuk kena maki ni... macam biasalah hal bolasepak Piala AFF Suzuki 2012. Bila aku buat entry keputusan Malaysia vs Indonesia , komen yang aku dapat adalah makian dari penyokong pihak yang kalah. Adehh.. tak habis-habis lagi dengan perangai lama. Bukan semua puak sana yang macam tu , tapi berpeganglah pada prinsip semangat kesukanan.. nasib baik setiap komen perlu kelulusan dulu untuk tersiar.Kalau tak.. melambak komen makian je kat entry tu.. apa daaaaaaaaaaa..

Piala AFF Suzuki 2012 | Bangkitlah Harimau Malaya

on Rabu, 28 November 2012

As salam , malam ini 28 November 2012 merupakan malam penentuan arah tuju pasukan Malaysia dalam saingan Piala AFF Suzuki 2012. Kekalahan dalam perlawanan pertama kumpulan B 0-3 kepada pasukan Singapore membuatkan pasukan Malaysia menempuh laluan sukar untuk layak ke peringkat separuh akhir. Perlawanan kedua bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah perlawanan mesti menang. Jika tewas , lupakan saja misi mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada edisi 2010.

Mungkin barisan yang ada kini adalah yang terbaik dari kacamata Datuk Rajagopal , namun tahap persefahaman pemain agak kurang baik ketika ini. Paling ketara di bahagian pertahanan dan tengah. Semoga harimau Malaya mampu bangkit dan mengaum. Insyaallah , ada rezeki kemenangan pasti memihak kepada pasukan negara sebelum bertemu Indonesia dalam perlawanan terakhir. 

Ayuh pemain, kembalikan semula semangat HARIMAU MALAYA.. kita boleh.

LIVE STREAMING MALAYSIA vs LAOS 

Banyaknya Spam Iklan , Suka Sangat

on Isnin, 29 Oktober 2012

As salam , apa khabarnya sahabat blogger dan juga pembaca yang masih setia kesini. Agak lama juga aku menyepi dari dunia blog atas alasan yang disengajakan. Tetiba je rasa malas nak update apa lagi hendak tengok blog sendiri..haha.. Tapi rasa hari ini mungkin sebagai titik tolak untuk kembali memeriahkan dunia blog. insyaallah.
Setelah sekian lama tidak melakukan blogwalking, nampaknya shoutbox aku tetap meriah dengan berbagai pesanan. Ya penuh dengan pesanan iklan yang entah apa apa entah. Biasalah kaki spam, mana ada ruang mesti letak je iklan. Apa nak buat.. 

Sabarlah Abil Fikri Ahmad

on Isnin, 10 September 2012

As salam , agak sekian lama menyepi atas urusan yang tak dapat dielakkan..tapi itu tak pentingkan.. hari ini tergerak hendak menulis semula setelah minda ini agak berkarat dalam menjana idea yang entah kemana hilangnya. Tadi terbaca dalam akhbar tentang kisah Abil Fikri Ahmad yang menjaga isterinya yang sakit urat saraf. Manjaga isteri yang terlantar. Sebelum ini pernah dengar di televisyen namun aku agak kurang ambil perhatian.. tapi bila terbaca luahan Abil dalam akhbar dimana ada pihak yang menuduhnya sengaja mencari publisiti dengan menulis kisahnya menjaga isteri yang terlantar dalam blog. Ermm peliklah dunia ni..kenapa itu pun hendak dipertikaikan. Mungkin orang yang memandang itu tidak merasa beban seperti orang yang menanggung..cakap memang mudah.

Saya kecewa. Saya tak sangka ada pihak yang sanggup menuduh saya sedemikian rupa,” katanya yang tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan atas keadaan isterinya." antara luahan Abil apabila ada pihak yang menuduhnya mencari publisiti di blog. 

"Encik Abil saja reka cerita nak cari publisiti ke? Buat blog untuk 'promote' diri? Nak tunggu dapat anugerah suami mithali? Supaya dapat gelaran Datuk?"

Begitulah bunyi SMS yang diterima Abil sejak ceritanya tersiar. Apa salahnya dia nak tulis kisahnya di blog. Dia bukan tulis cerita fitnah. Bukan tulis cerita dunia hiburan yang melampau. Bukan menulis artikel cerita seks atau siar gambar porno. Abil cuma menulis kisahnya menjaga isterinya yang sakit dan terlantar. Mungkin dengan cara menulis di blog yang juga boleh dianggap diari online dapat meringankan tekanan yang di tanggung Abil.

Saya juga sebagai suami , menyokong penuh apa yang ditunjukan dan diceritakan oleh Abil kerana ianya boleh dijadikan motivasi kepada suami yang lain. Sebab kita tidak tahu nasib kita nanti. Mungkin kita juga akan mengalami nasib seperti Abil. 

Semoga Abil Fikri Ahmad terus tabah dalam menjalani hidup..Insyaallah dengan usaha , doa dan tawakal akan ada sinar baru dalam hidup Abil dan isteri. 

Dah Dapat Yeyyy

on Khamis, 6 September 2012

As salam , tepat dan pantas. Sama macam yang dijanjikan. Tak macam yang lain , berjanggut nak menunggu eh. Tu lah keistimewaan Nuffnang dan Churp churp.. pendek jo entri ni sebab semata-mata nak tunjuk dah dapat check nuffnang..wakakakka ( cam hampeh perangai )

Adverlets dah dekat setahun dah tunggu ni tak bayar-bayar.. lagi ler hampeh kan.. buang tong sampah dah itu iklan..wekkk.. dan selamat datang kat Komli ( dulu admax ) sebagai iklan terkini yang tertempek di blog.. tercurang buat kali kedua keatas nuffnang..apa nak dikata, sejak dua menjak ni payah sangat lak nak bagi iklan CPM ( BE )..hehe


Dah Terima Payment Advice Dari Nuffnang Dan Churp Churp

on Isnin, 3 September 2012

As salam , syukur sebab dah terima payment advice melalui email dari Nuffnang dan Churp Churp. Tepat pada masa seperti yang dijanjikan. Itulah kelebihan nuffang dan churp-churp. Bab bayaran memang tak mengecewakan. Nampaknya tak lama lagi sampailah check serentak ke peti surat..yeahh.. 

Tapi sekarang aku aku telah pun menduakan nuffnang sebab aku dah pasang iklan Komli ( dulu Admax ). Bukan apa , cuma sukar untuk mendapat BE , mungkin pengiklan tak minat dengan blog yang berasaskan trafik dari google kot..Ini merupakan kali kedua aku berpaling tadah dari nuffnang..haha. tak per lah, cuba dulu Komli ni. Lagi pun iklannya 90 peratus berdasarkan CPM ( BE ). 

Apa-apa pun terima kasih nuffnang.. 

Aku Gigit Kau Sampai Mati

on Jumaat, 24 Ogos 2012

As salam , suasana raya masih terasakan , lepas ni giliran rumah terbuka sana-sini. Alhamdulillah murah rezeki orang yang membuat dan yang datang nanti. Tapi mungkin ada juga yang tengah lesu-lesu sebab terlebih gula..maklumlah raya ni semua manis-manis je , lagi manis kalau yang melayan masa raya anak dara jiran yang manis-manis..hehe. tapi jaga-jaga , jangan lepas raya penyakit sampai lak..

Sebenarnya bukan nak cerita pasal raya..tetapi mukadimah atas tu terlebih sudah..haha.. ni haa pasal gigit mengigit..bukan love bite wehh..tu buat apa tak der faedah pun..pasal ni haa..geram punya pasal gigit sampai mati..wow..hebat tu..sapa lak kena gigit ni..

Ular yang kena gigit..seorang petani gigit ular tedung sampai mati..amboii ngeri gila bunyinya.. Dia melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya.

"Saya berasa amat marah selepas ular itu mematuk saya. Kemudian saya mengekori haiwan itu, menangkap dan menggigitnya sehingga mati,"  statement orang yang gigit ular tu lah..

Haa..ada berani ke buat cam tu. tengok dari jauh je dah ngeri apa lagi nak gigit. Moral dari cerita ini , jagalah gigi anda supaya mampu mengigit musuh anda sampai mati..haha.. maksud aku ularlah..jangan gigit manusia lak..kena penampar bersepah gigi kat tanah nanti.

Ehh..cerita ni kat India tu..tak der kat Malaysia..tu pun sebab aku terbaca kat Kosmo tadi...yeahh.. 

Jat Raindy Buat Versi Kerat Johari Pain Dalam Piala Malaysia Pula

Janji Kerat Kemaluan Versi Piala Malaysia Oleh Jat Raindy - Ehemm.. ada lagi rupanya yang suka kerat-kerat ni. Dah terlampau panjang agaknya..opsss terlebih sudah..haha.. masih ingat lagi pasal kes status facebook Johari Pain semasa olimpik dulu..ala yang nak kerat-kerat anu tu laa kalau Pandelela menang pingat.. Tapi tadi skodeng surat khabar online Sinar Harian ada lak lagi satu cerita pasal kerat-kerat ni.. Jat Raindy punya pula.

Kali ini melibatkan saingan Piala Malaysia 2012 yang sedang hangat sekarang. yeahh.. ianya melibatkan seorang lelaki yang menggelar dirinya Jat Raindy sanggup memotong kemaluannya jika Kedah berjaya di dalam saingan Piala Malaysia. Semua ini bermula apabila pasukan Kedah tewas 0-2 kepada pasukan ATM dalam saingan kumpulan B Piala Malaysia 2012. 

Jat Raindy yang menulis kenyataan tersebut di laman sosial Facebook Penyokong Setia Hijau Kuning sanggup memotong kemaluannya sekiranya pasukan tersebut mara sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat suku akhir.

okyh aq krat XXXX sampai kat XXXX un xpa..aq dok as..mai cr aq law kdah lyak...

Yeahh..Facebook sekarang dah jadi tempat orang lepas geram..namun kekadang ayat yang kita gunakan boleh membangkitkan kemarahan sesetengah pihak.. jadi hati-hati apa yang kita tulis di Facebook.. macam-macam sudah sekarang ni..

Sumber dari Sinar Harian

SEKADAR CEBISAN CERITA KEHIDUPAN.. TIADA NIAT SEBAGAI PROVOKASI.

Trafik Sesak Ke ?

on Rabu, 22 Ogos 2012

As salam , nampaknya kesibukan di jalanraya tidak sama seperti kesibukan trafik di dunia maya. Biasalah semua sibuk beraya. Mana ada yang nak godek-godek PC atau laptop.. tapi yang pasti ramai yang pegang handphone untuk update Facebook dan twitter..itu sudah pasti..

Jadi secara tak langsung trafik blog memang ketara menjunamnya. Mana yang sebelum ni trafik tinggi jatuh gedebuk .. yee... raya punya pukulan. Sebenarnya tidak jadi masalah pun bab trafik ni . Baguslah kalau raya ni kita bagi tumpuan pada acara ziarah menziarahi.Eratkan silaturrahim sesama insan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Semarak Syawal Lupakan Persengketaan , Kuala Pilah My Home Town

on Selasa, 21 Ogos 2012

As salam, hari ini sudah pun 3 Syawal 1433H. Bermakna sudah 3 hari umat islam di Malaysia menyambut hari raya aidilfitri. Alhamdulillah syukur kita dapat menyambutnya dengan suasana yang aman tanpa sebarang sekatan. Tidak seperti saudara kita di sesetengah negara lain. Jadi pertahankanlah, usah ada perpecahan antara kita. Insyaallah apa yang kita ada sekarang akan mampu lagi kita kecapi lagi.


“Dari Abi Hurairah RA katanya : Sabda Rasulullah SAW "barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Selit sikit gambar sekitar raya kedua semalam..hahaha.. sekitar Kuala Pilah ( Kg Bemban dan Kg Dioh ) Tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat lahir...hehe


Hari Raya Pertama.. Meriah

on Isnin, 20 Ogos 2012

As salam.. meriah suasana hari raya pertama bersama keluarga.. yer lah kalau tak meriah bukan raya namanya.. berkumpul reramai serta dengan kehadiran jiran , saudara jauh dekat ke rumah..Raya pertama cuma duduk rumah je sebab terlalu ramai pula yang datang tak putus-putus. Raya kedua baru nak pergi menziarah ni..hehe.. Hari ini nak gerak ke Kuala Pilah rumah uwan lak..

Antara gambar yang sempat di snap melalui photographer tak bertauliah semalam..

Tahun ni tema pelangi je.. malas nak sama..haha
Hero aku dengan atok eh..
My wife with my beloved intan payung

Menjelang Hari Raya

on Ahad, 19 Ogos 2012

As salam.. berakhir Ramadhan kini munculnya syawal.. Ramadhan yang di rindu, syawal yang diraikan. Macam tahun sebelumnya aku sekadar membuat persiapan secara ala kadar je. Apa yang penting anak dan isteri diutamakan dulu. Itulah salah satu pengorbanan seorang ayah..ucehh...skema..wekkk..

Selalunya bab pakaian baru ni aku tak kisah sangat. Sebab bukan masa raya je nak beli yang baru. Lagi pun yang beli sebelum ni pun leh pakai lagikan..tapi sebat gak sehelai jangan tak ada..haha. Tapi bab beraya ni , yang paling seronok adalah kanak-kanak..masa untuk kumpul duit raya.. 

Persiapan juadah raya juga adalah salah satu perkara yang memeriahkan sambutan raya. Kat Negeri Sembilan ni masa hari lihat anak bulan akan ada acara mantai..alaa..sembelih lembu dan kerbau untuk dijual dagingnya..memang berderet sepanjang jalan orang jual daging..meriah..maknanya nak dapat daging tu tak susahlah.

Paling tak boleh tinggal adalah lemang..mesti atau erti kata lain wajib ada.Jadi kena rajinlah nak menjaga api masa proses masak lemang. Kalau tak jaga memang hangus lerr.. apa yang penting kerjasama bak kata wonderpets.. SELAMAT HARI RAYA yeaahhh.. 

Lemang weiii.. terbaik punya ni..haha

Selamat Hari Raya Aidilfitri | 1 Syawal 1433H

As salam .. dikesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua sahabat blogger , facebookers , pembaca blog dan rakan seperjuangan dalam aliran yang kita martabatkan. Semoga syawal yang tiba akan membawa seribu pengertian dalam kehidupan seharian..

Ramadhan yang tinggi di rindui .. Syawal yang tiba dirai ..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .. MAAF SETIAP SALAH DAN SILAP.


Recommend On +1
 
© KizMySeLf All Rights Reserved