Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Umur Makin Singkat Ajal Makin Dekat

on Ahad, 6 Januari 2013

Sekadar ingin share artikel yang telah disiarkan di Harian Metro pada 3 Januari 2013 sebagai satu perkongsian ilmiah. 


Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?” Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun. Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.

Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak. 


Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya. 

Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah. 

Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting. 

Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu. 

Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui sepanjang setahun. 

Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa. 

Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya. 

Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian. 

Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini. 

Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda. 

Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai. 

Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja. 

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri. 

Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya. 

Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang. 

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah. 

Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri. 

Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama. 

Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya. 

Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain. 

Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan. 

Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah sehingga menemui Allah. 

Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.

Restu Ibu

on Isnin, 13 Ogos 2012

Kata-kata yang harus kita ingat selalu... 

Walau siapa pun kita , walau sehebat mana pun kita , walau berjaya setinggi langit pun.... tapi tanpa doa dan restu ibu yang melahirkan kita.. maka tiadalah keberkatan dalam hidup ini.. 

Janji Yang Pasti

on Isnin, 30 Julai 2012

As salam.. berkata dengan berbagai janji memang mudah.. ibarat menanam tebu dibibir .. semua manis belaka.. tiada yang tak manisnya.. biasalah janji maniskan.. Tapi untuk menjadikan janji itu sesuatu yang pasti bukan mudah. Kekadang kita janji hari ini..esok lusa terlupa..lepas tu terbiar je apa yang kita janji tu hanya tinggal janji. 

Ada juga yang berjanji untuk menarik perhatian..supaya orang tahu dialah yang paling bagus.." kau buat macam ni..macam tu..nanti aku pasti bagi macam ni..macam tu gak..".. tapi bila dah dapat macam ni macam tu yang dia nak..terus senyap..janji tinggal janji lagi..

Tak per lah itu janji manusia..dia mungkir dia tanggung kerana setiap manusia ada perjanjian dia dengan Allah yang mencipta.. mungkir janji kita denganNya , ada balasan setimpal bakal di beriNya..

Janji Allah.. di ruang ini kita pasti bersemadi
Mati Itu Pasti ... Itu Janji Yang Pasti

Kerana Mulut

on Ahad, 29 Julai 2012

As salam, selamat berhujung minggu dan dah pastinya selamat menjalani ibadah puasa. Pagi ini nak cuit-cuit sikit pasal mulut ni.. macam-macam jenis mulut adakan..tapi yang ini pasal mulut manusia.. pepatah melayu ada berkata , kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan binasa..( tetapi ada gak yang selalu ubah kerana mulut pulut habis..).Tapi sebenarnya maksudnya tetap sama.

Terutama bulan Ramadhan ini ( bulan lain pun kena jaga juga..jangan amalkan secara bermusim pula ) , kena jaga mulut. Jangan banyak sangat berkata-kata. Semakin banyak bercakap nanti banyak lak tipunya, banyak lak mengatanya. Selalunya macam tu lah. Kita secara tak sedar kita pasti akan mengata seseorang walaupun waktu tu sekadar gurauan. 

Jadi..siapa nak jaga mulut kita ? ehh jaga sendirilah..bersihkan setiap tutur katanya..jangan nanti orang cakap mulut kita ni macam longkang...haha ( aik..orang tu dah kira tak jaga mulut gak sebab mengata kita..huhu ) jadi pi mai pi mai tang tu gak.. jadi kena sama-samalah ye..

SELAMAT BERPUASA .. JAGA TUTUR JAGA BAHASA .. KERANA MULUT BADAN BINASA , KERANA MULUT BATAL PUASA ( jangan makan masa puasa..)

Sekian..salah silap harap maaf..

Sinar 4 Ramadhan 1433 Hijrah

on Selasa, 24 Julai 2012

Sinar 4 Ramadhan 1433 Hijrah 
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya." 
- dari Anas r.a 


Setiap sesuatu itu ada balasan. Lakukan yang disuruh tinggalkan yang dilarang. Selagi ada masa dan kemampuan , peluang itu masih terbuka.


gambar dari google

Sinar 3 Ramadhan 1433 Hijrah

on Isnin, 23 Julai 2012

Sinar 3 Ramadhan 1433 Hijrah

Nabi SAW bersabda
“Puasa itu adalah perisai. Maka pada hari seorang dari kamu berpuasa, janganlah ia berkata keji dan berbuat kefasikan serta jangan mengganggu orang lain. Jika ada orang memakinya atau memakinya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa.“


BERSABARLAH SESUNGGUHNYA IANYA SEBAHAGIAN DARI IMAN.

imej dari google

Sinar 2 Ramadhan 1433 Hijrah

on Ahad, 22 Julai 2012

Sinar 2 Ramadhan 1433 Hijrah

Daripada Ibnu Majah katanya: 
Rasulullah SAW bersabda: "Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga". 




JANGAN BIARKAN PUASA KITA HANYA SIA-SIA , FIKIR-FIKIRKAN

Sinar 1 Ramadhan 1433 Hijrah

on Sabtu, 21 Julai 2012

1 RAMADHAN 1433 HIJRAH

Allah berfirman

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 183)


Semoga kita diberi kekuatan untuk menempuh ramadhan 1433 Hijrah. 

gambar dari google







Santapan Jiwa 9 Julai 2012

on Isnin, 9 Julai 2012


Tunaikan yang di suruh , tinggalkan yang di larang. Insyaallah bahagia dunia dan akhirat.

Santapan Jiwa 6 Julai 2012

on Jumaat, 6 Julai 2012


" Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu semua berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas golongan yang terdahulu,mudah-mudahan kamu semua bertaqwa, " [Al-Baqarah 2:183]

Santapan Jiwa 5 Julai 2012

on Khamis, 5 Julai 2012


Hidup itu perlukan pengisian..bukan sekadar melaluinya tanpa mengumpul bekalan. Belum terlewat.. kerana selagi belum terpisah roh dari jasad..peluang untuk mendekati Allah itu masih terbuka..insyaallah.

gambar dari perkongsian di Facebook

Bermulalah Sekarang Kenapa Mahu Tunggu Lagi

As salam.. ramadhan semakin hampir. Semua orang pasti ternanti-nanti akan ketibaannya. Semoga kita diberi kesempatan untuk sekali lagi merasai nikmat ramadhan..insyaallah. 

Sepanjang perjalanan hidup kita , sebenarnya kita menjalani pembelajaran untuk memperbaiki diri. Dari yang buruk kepada yang lebih indah. Kegagalan dan kesilapan harus dijadikan sebagai pengajaran yang paling berguna. Ada peluang untuk berubah , berubahlah. Jangan tunggu hingga disaat akhir kerana kesempatan itu belum tentu milik kita.

aku insan yang lemah , sentiasa mengharap redhaNya

Santapan Jiwa 4 Julai 2012

on Rabu, 4 Julai 2012


Ibarat roda..kekadang diatas kekadang dibawah.. begitu juga kehidupan. Selagi ada kesempatan gunakanlah untuk kebaikan. Ingat lima sebelum lima..

gambar adalah perkongsian yang di ambil dari Facebook. Semoga perkongsian ini memberi manfaat..insyaallah.

Santapan Minda 3 Julai 2012

on Selasa, 3 Julai 2012


Euro 2012 baru sahaja selesai.. kita sama-sama kita menanti sesuatu yang lebih hebat dan bermakna iaitu Ramadan. Semoga Allah memberi kita peluang sekali lagi menikmati nikmat Ramadan, insyaalah.

-gambar adalah dari Facebook yang di kongsi oleh sahabat.. semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Santapan Minda 2 Julai 2012

on Isnin, 2 Julai 2012

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”- 
Riwayat Muslim



Catatan - sesungguhnya kita terlalu kerdil untuk mengingkari pencipta yang Maha Besar.. 

Perjalanan Yang Telah Jauh

on Rabu, 27 Jun 2012

As salam .. kata orang jauh perjalanan luas pemandangan..banyak pengalaman. Dan bila dah banyak pengalaman itu sepatutnya telah mematangkan kita. Tahu siapa kita , sedar diri kita hanya menumpang di bumi Allah ini. Tak hebat pun apa yang kita ada didunia ini kerana itu pinjaman yang di beri Allah..

Ada juga yang cakap " aku lebih dulu makan garam " . Ya betul siapa yang lahir dulu memanglah dia akan makan garam dulu kecuali kalau dia memang masak tak guna garam..tapi bukan itu isunya..mungkin sekadar kiasan orang dulu-dulu. Perjalanan hidup kita telah jauh , tapi sedarkah kita perjalanan yang jauh itu telah mendekatkan kita kepada sesuatu..sesuatu yang pasti. Sudah bersediakah ?

Sebagai ingatan diri sendiri juga , kita memang manusia tapi kita juga bakal mendapat gelaran jenazah.. kalau kita kini sering mengusung.. kita juga bakal diusung. 

Pilih Satu Antara Dua , Mahu Yang Mana ?

on Jumaat, 22 Jun 2012

As salam , nak share sesuatu.. yang penting lepas tengok kena pilih yang mana satu? Semoga ianya memberi manfaat.. insyaallah.


ISLAM ITU INDAH .. ISLAM ITU MUDAH 

Jadikanlah

on Khamis, 21 Jun 2012

As salam.. kita sering mengharap agar kita mampu memiliki segalanya , namun itu bukan kuasa kita. Hanya Allah yang boleh menjadikan sesuatu itu kenyataan dengan izinNya.. yang penting kita berusaha kearah itu.


Jadikanlah yang Lembut itu HATI .. Jadikanlah yang Tipis itu BENCI.....
Jadikanlah yang Tebal itu IMAN .. Jadikanlah yang Tajam itu AKAL....
Jadikanlah yang Baik itu SIFAT .. Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN




Lubang Hidung Tempat Syaitan Berehat

on Rabu, 20 Jun 2012

As salam , nak share sesuatu tentang hidung..betapa pentingnya kita menjaga kebersihan hidung sebab syaitan suka melepak kan hidung.. semoga perkongsian ini memberi manfaat.. jom baca ..

Allah suruh diri kita ni sentiasa di dalam keadaan yang bersih...Syaitan ni amat pengotor dan berada di mana2...dia sentiasa berusaha demi untuk menyesatkan umat muhammad....

Mungkin ramai di kalangan umat Islam mengetahui bahawa syaitan laknatullah ni sering mencari jalan untuk menyesatkan anak-anak Adam AS dan sanggup bersusah payah untuk melaksanakan kerja jahatnya itu tanpa memilih tempat atau waktu.

Namun, mungkin tidak ramai yang menyangka bahawa makhluk yang menderhaka kepada Allah SWT itu menjadikan lubang hidung kita ni tempat untuk depa tidur ketika kita semua sedang syok diulik mimpi.Sahabat baginda, Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud;

“Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya,” – Riwayat Muslim (sahih).

Justeru itu, umat Islam diseru agar membersihkan lubang hidung sebanyak tiga kali selepas bangun dari tidur bagi memastikan syaitan-syaitan yang berada di lubang hidung tersebut dinyahkan dari tubuh badan kita.Kita juga disunatkan untuk membersihkan lubang hidung dengan memasukkan dan mengeluarkan air dari hidung masing-masing ketika berwudhu untuk menunaikan solat subuh.

Semoga kita umat Islam di akhir zaman ini terhindar dari syaitan dan iblis yang cuba menyesatkan umat Muhammad SAW sehingga ke hari kiamat.

Jumpa di FB member..tak tahu siapa punya..jadi tak dapat nak bagi link.. i`m sorry..

Ikut Je Janji Bahagia Eh

As salam, tugas pekerja adalah untuk berkerja dan tingkatkan produktivi dan kualiti .. jadi tiada masalah rasanya untuk mengikut arahan pihak atasan selagi tidak melanggar undang-undang dan menjadi kesalahan.. Yang pasti kerja itu adalah tanggungjawab dan tanggungjawab itu adalah amanah.. amanah itu akan disoal nanti adakah kita telah tunaikan sebaiknya.. mencari keberkatan..

Signboard kat pejabat tempat aku kerja ni..hehe . 

Recommend On +1
 
© KizMySeLf All Rights Reserved