Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Tiada Kaitan Dengan Ajaran Sesat

on Jumaat, 13 Julai 2012

Amuk Di JPM Tiada Kaitan Dengan Kumpulan Ajaran Sesat - Pihak Polis mengesahkan kejadian amuk yang berlaku di JPM yang membabitkan dua individu tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan ajaran sesat. Kedua meraka bertindak atas sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. 

Perkara ini telah di sahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah. Dalam kejadian itu Khalil Afandi Abdul Hamid, bertindak secara berseorangan dan mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi. Polis turut menahan reman seorang lelaki berusia 39 tahun sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

olahan dari sumber Kosmo Online

Uncle Seekers Didapati Positif Dadah .. Pulak Dahh..

on Jumaat, 6 Julai 2012

Uncle Seekers Positif Dadah - Seperti yang dilaporkan oleh akhbar online hari ini yang menyatakan penulis blog UncleSeekers.blogspot.com , Syed Abdullah Syed Hussein didapati positif dadah jenis mofin. Kini kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 menurut Jabatan Siasatan Jenayah Johor.


Sebelum ini , Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya. Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran 'Uncleseekers' bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya. 

Menurut kenyataan itu, Syed Abdullah dan Siti Nadhirah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972. 

Olah Dari sumber BH Online

Uncle Seekers Ditahan Reman

on Khamis, 5 Julai 2012

Uncle Seekers Ditahan Reman - Penulis blog yang juga dikenali sebagai pengkaji aktiviti paranormal Uncle Seekers telah ditahan reman selama 4 hari bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel di dalam blognya yang di dakwa memfitnah Sultan Johor. Turut di tahan reman adalah teman wanitanya.

Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972. Sebelum ini 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.


sumber

Uncle Seekers Didakwa Hina Sultan Johor | Polis Terima Aduan

on Isnin, 2 Julai 2012

Uncle Seekers Didakwa Hina Sultan Johor - “Uncle Seekers didapati memfitnah, menghasut dan mengadakan provokasi dalam blognya dengan tujuan supaya rakyat Johor membenci dan tidak percaya kepada Sultan lagi,” itu antara kata-kata yang di petik dari salah seorang yang dari kumpulan yang membuat aduan di balai Polis Central, Johor Bahru berikutkan dakwaan Uncle Seekers menghina sultan seperti yang di siarkan di Kosmo hari ini.

Seramai 30 orang yang mendakwa mewakili suara rakyat Johor membuat laporan polis ke atas pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas atau popular dipanggil Uncle Seekers kerana didakwa menghina dan menabur fitnah terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi blognya, uncleseekers.blogspot.com.

Olahan dari sumber Kosmo

Video Debat Khairy Dan Rafizi | Debat PTPTN

on Rabu, 23 Mei 2012

Video Debat isu PTPTN Khairy Jamaluddin Dan Rafizi Ramli - Semalam telah berlangsung satu majlis debat antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi.Tajuk debat adalah berkisar tentang pemansuhan PTPTN dan hala tuju masa depan pendidikan tinggi negara.Bagi mereka yang tidak berkesempatan menyaksikan debat semalam, boleh menontonnya melalui video dibawah.

Debat Part 1


Debat Part 2


sumber video

LGBT , JAKIM Pantau Blog Pengaruhi Remaja

on Ahad, 13 Mei 2012

Jakim Pantau Blog Pengaruhi Remaja Dengan LGBT - Ermm isu LGBT yang terus diperkatakan.Baik dari segi sosialnya mahu pun cakap-cakap politiknya..tapi itu tak penting tapi yang penting sejauh manakah pengaruhnya dah menular..Adakah yang telah hanyut terjebak dalam LGBT ni..huhu..panas eh..tapi panas lagi neraka.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memantau pertubuhan yang cuba mempengaruhi remaja ke arah amalan seks bebas serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), untuk diambil tindakan sewajarnya.JAKIM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan termasuk polis, Jabatan Agama Islam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.Dalam siasatan JAKIM, terdapat blog-blog yang cuba mempengaruhi remaja untuk menyertai amalan LGBT itu. Sudah ada 3,000 peminat melayari blog-blog mereka ini.

Pandai-pandailah fikir.Memasing dah besar..akal pun dah cukup.Jangan asyik bertekak atas prinsip politik je.. jalan penyelesaian perlu dicari segera...

David Teo Minta Maaf Isu Sedekah

on Khamis, 10 Mei 2012

David Teo Mohon Maaf | Isu Sedekah - Isu yang entah bila akan sudahnya.Tapi tak seharusnya diperbesarkan sangat.Namun boleh juga dianggap selesai setelah David Teo memohon maaf.Dipetik dari akhbar BH Online ,David Teo memohon secara terbuka kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi di atas kenyataannya yang menyinggung mereka kerana menyebut perkataan ‘sedekah’.Dalam kenyataannya yang dikirimkan kepada semua media menerusi e-mel, beliau menjelaskan, jauh dalam lubuk hatinya memang tidak ada niat langsung untuk menghina atau menyakitkan hati mana-mana kerana Bob Kuman dianggap sahabat baiknya.

David Teo memohon maaf melalui email yang dihantar ke beberapa pihak media.Berikut adalah email David Teo.

“Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai Bob Kuman (Husni Mohd Rawi). 


Pemergian Bob sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergiannya, namun kita sebagai manusia harus reda dengan segala ketentuan Tuhan. 

Allahyarham sebelum ini banyak terbabit dalam produksi saya dan dia sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormatinya sebagai sahabat dan rakan kerja.

Pada kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang isu atau kontroversi. 
Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut mengenai sumbangan yang saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 semasa Bob sakit. 

Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut "jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah". Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Bob Kuman hidup, bukannya selepas meninggal dunia. 
Penggunaan perkataan ‘sedekah’ yang saya maksudkan adalah ‘derma atau sumbangan’.

Apa yang saya faham, ‘sedekah’ bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar ‘senyum adalah satu sedekah’ dan ‘sedekahkan al-Fatihah’ jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci, tetapi mungkin saya tersalah tafsir. 

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutama peminat dan penyokong Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan Bob Kuman saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf di atas keterlanjuran kata-kata saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. 
Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan artis dan peminat, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.


Gambar Aksi Ghairah Seakan Azmin Ali Tersebar

on Rabu, 2 Mei 2012

Azmin Ali | Gambar Ghairah Azmin Ali - Satu lagi isu sensasi masakini.Mengenai gambar aksi ghairah yang seakan seorang pemimpin PKR Azmin Ali yang mula tersebar di laman maya.Menurut Laporan di BH Online beberapa keping gambar aksi seks didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, tersebar luas menerusi beberapa blog dan laman sosial sejak kelmarin.

Ia didedahkan oleh blog http://www.papagomo.com dan scandalazminali.blogspot.com dengan memaparkan beliau bersama seorang wanita dipercayai di dalam sebuah rumah di dua lokasi berbeza iaitu di ruang tamu serta tandas.

Sahih atau tidak tak dapat dipastikan..nilailah sendiri.!!

sumber BH Online

Shafie Afdal Nafi Beri Zahida Rafik Wang Yang Banyak

on Isnin, 23 April 2012

Shafie Afdal Dan Zahida Rafik | Shafie Nafi Beri Zahida Wang Yang Banyak - Isu yang tengah hangat sekarang yang di dunia maya tentang dakwaan bekas pemandu Datuk Seri Shafie Afdal , Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis Zahida Rafik sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini Datuk Seri Shafie Afdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” antara petikan kata-kata Datuk Seri Shafie Afdal dengan isu yang mengaitkan dirinya.


Datuk Seri Shafie Afdal menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.Zahida Rafik sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.
Berikut kenyataan penuh Datuk Seri Shafie yang dipetik melalui Sinar Harian

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
 
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini."



22 Syor PSC Mengenai Pilihan Raya | Syor-Syor Penambahbaikan Proses Pilihan Raya

on Selasa, 3 April 2012

Pandangan dan Syor-Syor PSC | Syor-Syor Penambahbaikan Proses Pilihan Raya - Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) telah memberi 22 syor kepada usaha penambahbaikan pilahan raya Malaysia.Berikut adalah syor-syor yang telah dinyatakan oleh PSC.

(I) PERUNDANGAN DAN PINDAAN PERATURAN
1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos
1.1. Jawatankuasa menyusul cadangan dalam Laporan Jawatankuasa (DR. 3/2011) untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama ada mengundi awal di Perwakilan Malaysia atau mengundi secara pos.
1.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi di Perwakilan Malaysia adalah sukar bagi SPR untuk melaksanakannya berdasarkan sistem pilihan raya sedia ada dan isu logistik. Pandangan ini turut disokong dengan maklum balas daripada Kementerian Luar Negeri.
1.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan SPR untuk mengkaji kemungkinan untuk membenarkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
1.4. Jawatankuasa mengambil maklum syarat-syarat yang dicadangkan oleh SPR seperti yang berikut:
(a) Telah mendaftar sebagai pemilih; dan
(b) Hendaklah balik ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun terdahulu sehingga pada tarikh memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos.
1.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR berbincang dengan pihak-pihak berkuasa terlibat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini diterima oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan syarat-syarat tersebut dikuatkuasakan melalui penggubalan kerangka undang-undang yang berkaitan.
1.6. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini juga akan melibatkan pindaan pada seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
1.7. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji suatu kaedah lain yang melibatkan penghantaran kertas undi melalui pos terus kepada pengundi di luar negara dan penghantaran balik kertas undi itu dibuat melalui pejabat Perwakilan Malaysia untuk dihantar terus ke Ibu Pejabat SPR bagi proses pengiraan undi dan proses seterusnya.

2. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media
2.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar SPR mengkaji sama ada membenarkan petugas media untuk mengundi awal atau pun mengundi secara pos.
2.2. Jawatankuasa mengambil maklum kaedah pengundian bagi petugas SPR adalah secara pos.
2.3. Jawatankuasa mengambil maklum ulasan SPR supaya petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos yang akan diwartakan di bawah Peraturan 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
2.4. Jawatankuasa mengambil maklum semua petugas media yang disahkan oleh majikan sebagai petugas media dan kena bertugas pada hari mengundi di luar kawasan pendaftarannya yang berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah memohon untuk berbuat demikian melalui Borang 1 (Permohonan bagi Kertas Undi Pos) menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
2.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR melantik lebih petugas pilihan raya daripada tempat mereka mengundi supaya dapat mengurangkan bilangan petugas yang perlu mengundi secara pos.
2.6. Jawatankuasa mengesyorkan petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

3. Pengundi luar kawasan
3.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR. 3/2011) supaya SPR menyediakan kemudahan kepada pengundipengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya terutama daripada Sabah dan Sarawak serta pengundi dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya.
3.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesukaran SPR untuk mengendalikan pengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya kerana ia melibatkan urusan logistik yang rumit, tenaga kerja yang terhad dan undang-undang sedia ada tidak membenarkan seseorang pemilih mengundi di tempat mengundi yang bukan namanya didaftarkan.
3.3. Jawatankuasa mengambil maklum kehendak Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan warganegara yang bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu. Manakala Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 hanya membenarkan seseorang pengundi mengundi di tempat mengundi yang bahagian daftar pemilih yang mengandungi namanya telah diuntukkan.
3.4. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini memerlukan kajian dibuat sama ada Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda berhubung dengan isu pemastautinan selain pindaan kepada mana-mana peraturan yang berhubung dengan pilihan raya.
3.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji kaedah pengundian terbaik seperti tatacara yang dicadangkan untuk pengundian warganegara Malaysia di luar negara bagi pengundi yang berada di luar kawasan termasuk kaedah pengundian awal tertakluk kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan.

4. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun
4.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang warganegara yang layak memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih hanya apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun.
4.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara apabila mencapai umur 20 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih dan hanya dibenarkan mengundi apabila seseorang warganegara itu mencapai umur 21 tahun.
4.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pindaan hendaklah dibuat kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
4.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji cadangan ini untuk dilaksanakan dalam tempoh Parlimen Ketiga Belas.

5. Tarikh pembubaran Parlimen
5.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa di bawah Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.
5.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat cadangan tarikh Parlimen dibubarkan dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya.
5.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen bukan merupakan kuasa SPR mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil maklum bahawa kuasa SPR hanya dalam menetapkan tarikh pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan.
5.4. Jawatankuasa mengesyorkan tempoh Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas mencapai tempoh 4 tahun dan hendaklah diperuntukkan dalam undang-undang.

6. Kerajaan sementara
6.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan diwujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang memerintah sebaik selepas Parlimen dibubarkan bertujuan bagi memastikan negara ditadbir sementara kerajaan yang baru dibentuk.
6.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini dibentangkan dapat menyediakan suatu garis panduan dan kod etika tatalaku (code of conduct) terpakai bagi mana-mana pihak yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara sehinggalah suatu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat Persekutuan atau negeri.

7. Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran
7.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan menguatkuasakan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.
7.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat kemungkinan maklumat palsu diberikan dalam urusan-urusan seperti yang berikut:
i) urusan pertukaran alamat mastautin di JPN; dan
ii) urusan pertukaran alamat kawasan pendaftaran di SPR, yang merupakan kesalahan di bawah Akta 5 dan peraturan sedia ada.
7.3. Jawatankuasa mengambil maklum adanya peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mengadakan peruntukan kesalahan bagi mana-mana orang yang memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran pemilih dan pertukaran alamat dalam kad pengenalan.
7.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR dalam menguatkuasakan Akta 5 adalah bergantung kepada kerjasama pihak berkuasa lain seperti polis.
7.5. Jawatankuasa mengambil maklum terdapatnya peruntukan di bawah Akta 5 dan Peraturan 25(1) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 masing-masing berhubung dengan kesalahan memberikan maklumat palsu dalam permohonan pendaftaran dan permohonan pertukaran alamat di kad pengenalan.
7.6. Jawatankuasa mengesyorkan perjawatan tambahan diwujudkan bagi menubuhkan suatu pasukan penguat kuasa khas SPR dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa SPR tanpa lagi perlu bergantung kepada pihak berkuasa lain.


(II) MENAMBAH BAIK PROSES PILIHAN RAYA
8. Memanjangkan tempoh berkempen
8.1. Jawatankuasa mengambil maklum subperaturan 3(1) Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 memperuntukkan tempoh minimum 7 hari bagi maksud berkempen.
8.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan supaya SPR menetapkan suatu tempoh berkempen yang lebih panjang dalam sesuatu pilihan raya bagi memberi ruang berkempen yang lebih lama dan pada masa yang sama urusan mengembalikan undi pos dapat dibuat dengan wajar.
8.3. Jawatankuasa juga mengambil maklum pandangan berbeza bahawa tempoh berkempen yang terlalu panjang mendatangkan kesukaran kepada aktiviti berkempen di sesetengah bahagian pilihan raya di samping kos yang tinggi.
8.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengambil kira semua pandangan yang diberikan dalam menentukan suatu tempoh berkempen menurut peruntukan undang-undang dengan tempoh tidak kurang daripada 10 hari.

9. Akses media yang bebas dan saksama
9.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan akses media yang bebas dan saksama diberi kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
9.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesediaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk memberikan akses yang adil kepada semua parti dan calon yang diselaraskan oleh SPR.
9.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa awam untuk memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya dalam menunaikan tugasnya termasuk Kementerian dan agensi berkaitan berhubung dengan hal perkara yang melibatkan akses media yang bebas dan saksama kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

(III) MENINGKATKAN MUTU DAFTAR PEMILIH
10. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan
10.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR. 3/2011) untuk MIMOS menjalankan verifikasi terhadap daftar pemilih dengan kerjasama SPR dan JPN.
10.2. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS itu menunjukkan usaha pembersihan daftar pemilih secara berterusan dijalankan oleh SPR dengan kerjasama JPN. Hasil verifikasi oleh Mimos mendapati tidak wujud pendaftaran berganda (duplicate registration) bagi setiap nombor kad pengenalan 12 angka (KP12) yang dikeluarkan oleh JPN.
10.3. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat di kalangan anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad atau MyTentera. Sehingga 20 Mac 2012, terdapat sebanyak 483 rekod anggota polis dan 653 rekod anggota tentera dalam daftar pemilih SPR yang belum mempunyai nombor KP12.
10.4. Jawatankuasa mengesyorkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia memantau dan mengambil tindakan berkenaan perkara yang disebut di perenggan 10.3 dalam tempoh 60 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan di Dewan Rakyat.
10.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan SPR memberi keutamaan kepada usaha berterusan untuk membersihkan daftar pemilih dengan kerjasama JPN bagi memastikan daftar pemilih yang akan digunakan bagi manamana Pilihan Raya adalah mantap dan bermutu tinggi dari segi kualiti kesahihan dan integriti maklumat (terkini dan sebagainya).
10.6. Jawatankuasa mengesyorkan supaya suatu agensi bebas dan bertauliah seperti MIMOS dapat membantu menyemak daftar pemilih secara berterusan bagi mempertingkat usaha pembersihan daftar pemilih.
10.7. Jawatankuasa mengesyorkan supaya sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan untuk mengawasi dan meneliti semua usaha penyemakan dan pembersihan daftar pemilih yang dicadangkan di perenggan 10.6 di atas dan melaksanakan tugas-tugas lain yang dirujukkan kepada Jawatankuasa tersebut.

11. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar
11.1. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh Mimos mendapati 324 alamat yang mempunyai lebih 100 orang pemilih dan 938 alamat yang mempunyai antara 51 hingga 100 orang pemilih. Dalam penelitian Jawatankuasa Kecil Usaha Menambah Baik Daftar Pemilih, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah seperti yang berikut:
i) alamat pendaftaran pemilih yang tidak lengkap;
ii) alamat pendaftaran pemilih yang terlalu umum yang menggunakan alamat seperti ‘kampung’, ‘rumah pangsa’, ‘rumah panjang’ dan ‘jalan’ tanpa butiran nombor rumah yang kebanyakkan berlaku di kawasan luar bandar;
iii) alamat pendaftaran pemilih yang dikongsi seperti alamat tempat asal/kelahiran atau alamat rumah yang disewa yang tidak dikemas kini setelah berpindah; dan
iv) alamat pendaftaran “pinjaman” iaitu alamat yang digunakan oleh seseorang pemilih untuk membolehkan didaftarkan di sesuatu kawasan pendaftaran yang dikehendaki.
11.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mempamerkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan senarai pemilih yang alamatnya diragui di mana terdapat melebihi 50 pengundi di satu alamat yang sama untuk memaklumkan kepada pemilih yang terlibat supaya mereka boleh tampil kepada SPR serta membolehkan SPR mengemas kini dan membersihkan senarai tersebut.
11.3. Hasil kerja penyemakan hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa yang dicadangkan di perenggan 10.7.

12. Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya
12.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan membolehkan bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui dibuat melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.
12.2. Jawatankuasa mengambil maklum peraturan sedia ada hanya membenarkan bantahan dibuat terhadap nama pemilih yang dipamerkan semasa Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.
12.3. Jawatankuasa mengambil maklum daftar pemilih yang telah diperakui boleh dibuat pemotongan atas alasan kematian dan lucutan atau tolakan warganegara setelah Ketua Pendaftar berpuas hati mengenai alasan itu yang disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
12.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR tidak mempunyai kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada daftar pemilih atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain hanya berdasarkan kepada aduan mana-mana pihak.
12.5. Jawatankuasa mengesyorkan suatu peruntukan undang-undang dikaji untuk memberikan SPR kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada Daftar Pemilih Induk (DPI) atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain berdasarkan kepada aduan yang dikemukakan oleh pihak awam dengan bukti yang sah.

13. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik
13.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun.
13.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran automatik ini memerlukan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.
13.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan ini mempunyai asas yang baik, namun ia hanya boleh dilaksanakan dalam jangka masa panjang memandangkan usaha pembersihan daftar pemilih secara keseluruhan perlu diutamakan. Siasatan lanjut mengenai daftar pemilih yang diragui seperti yang dibangkitkan di negeri Sabah serta syor Jawatankuasa berhubung dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat daftar pemilih yang diyakini oleh semua pihak sebelum terlaksananya cadangan pendaftaran secara automatik.
13.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR membuat kajian dan mengambil tindakan dalam tempoh 12 bulan bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pada masa hadapan.

14. Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya
14.1. Jawatankuasa mengambil maklum senario semasa yang mana jumlah pengundi di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak semakin berkurangan kerana penghijrahan golongan belia ke kawasan bandar untuk mendapatkan pekerjaan.
14.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menggunakan alamat selain alamat di kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan kawasan pendaftaran.
14.3. Jawatankuasa mengambil maklum jika cadangan ini dilaksanakan, implikasinya adalah seperti yang berikut:
i) Jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan, kemungkinan alamat itu tidak dapat disahkan melalui apa-apa dokumentasi yang sah;
ii) Ada kemungkinan orang mendaftar menggunakan alamat yang dia tidak bermastautin; dan
iii) Ada kemungkinan terdapatnya peningkatan bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan atas alasan orang itu tidak bermastautin di alamat yang digunakan jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan.
14.4. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa warganegara yang layak mendaftar mempunyai hak untuk memilih mendaftar di mana kawasan pendaftaran berpandukan kepada alamat terkini seperti di kad pengenalan. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana orang untuk menukar alamat di kad pengenalannya di JPN jika dia telah berpindah ke alamat yang lain. SPR tidak boleh mengambil apa-apa tindakan untuk menukar kawasan pendaftaran mana-mana orang jika orang itu enggan menukar alamat di kad pengenalannya.
14.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya parti-parti politik memainkan peranan dalam menasihatkan pemilih menukarkan alamat pendaftaran yang wajar di JPN sebelum mendaftar sebagai pemilih baru atau mendaftar tukar alamat pusat mengundi dengan SPR.
14.6. Jawatankuasa turut mengesyorkan supaya SPR mengkaji tatacara dan implikasi peraturan yang diamalkan di negara lain yang membolehkan pengundi memilih antara alamat tetap (kampung asal atau tempat lahir) atau alamat tempat bekerja (place of employment) sebagai alamat pendaftaran pengundi khususnya di Sabah dan Sarawak.

(IV) MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN SPR
15. Memperkasakan kedudukan SPR
15.1. Jawatankuasa mengambil maklum penubuhan SPR di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang dianggotai oleh tujuh (7) orang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dengan mengambil kira peri mustahaknya mendapat kepercayaan awam.
15.2. Jawatankuasa mengambil maklum pandangan dan maklum balas yang mempersoalkan kebebasan SPR.
15.3. Jawatankuasa mengesyorkan bagi menolak dakwaan tentang ketidakbebasan SPR, pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Anggota-anggota SPR dijalankan sebagaimana pelantikan yang dibuat bagi Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.
15.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan SPR diberi kuasa mengadakan bajetnya sendiri dan diletakkan dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen bagi memastikan isu kebebasan SPR tidak lagi dipersoalkan.
15.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan suatu Suruhanjaya Perkhidmatan ditubuhkan untuk melantik pegawai sendiri dan diwujudkan suatu skim perkhidmatan khusus kepada pegawai dan anggota perkhidmatan SPR.

16. Penstrukturan dan pengukuhan SPR
16.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa SPR dalam menjalankan fungsinya di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memerlukan bantuan dari pihak-pihak lain. Kuasa untuk mendapatkan bantuan ini diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan pegawai-pegawai yang dibuat di bawah Akta Pilihan Raya 1958.
16.2. Jawatankuasa mengambil maklum sumber manusia yang terhad di SPR dan kebergantungan SPR dengan pihak lain dalam menjalankan fungsinya itu.
16.3. Jawatankuasa mengambil maklum dari pemerhatian Lawatan Kerja ke UK, Jerman dan Denmark, tiga fungsi utama SPR itu dijalankan oleh badan yang berasingan.
16.4. Jawatankuasa mengesyorkan berdasarkan kepada beban dan bidang tugas SPR yang luas, organisasi SPR perlu distruktur semula dengan diberi kuasa yang sewajarnya bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang pilihan raya dijalankan oleh badan penguatkuasaan SPR sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak-pihak yang lain, keperluan sumber manusia SPR ditambah dan perjawatan sedia ada dinaik taraf serta peruntukan kewangan yang mencukupi diperuntukkan sesuai dengan peranan, tanggungjawab, bebanan dan cabaran semasa.

17. Memperluaskan Akademi Pilihan Raya
17.1. Jawatankuasa mengambil maklum wujudnya Akademi Pilihan Raya sejak tahun 2007 dengan sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan yang terhad dalam menjalankan fungsinya termasuklah pendidikan pengundi, kesedaran mengundi dan latihan kepada petugas pilihan raya.
17.2. Jawatankuasa mengambil maklum keperluan memperkasa Akademi Pilihan Raya dengan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan serta diwujudkan bangunan khusus untuk menempatkan Akademi Pilihan Raya yang dilengkapi dengan kemudahan pusat latihan sebagaimana pusat latihan jabatan dan agensi kerajaan yang lain.
17.3. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan Akademi Pilihan Raya bagi memastikan matlamat penubuhan Akademi Pilihan Raya, khususnya dalam memberi pendidikan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya termasuklah warganegara Malaysia tentang hak mengundi dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
17.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan suatu Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh pelbagai parti politik dan wakil NGO bagi memberi pandangan/nasihat kepada Akademi Pilihan Raya.

18. Pengasingan fungsi utama SPR
18.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa tiga fungsi utama SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan adalah menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya.
18.2. Jawatankuasa mengesyorkan sebagai langkah jangka panjang, cadangan tiga fungsi utama SPR iaitu untuk menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya diasingkan kepada tiga badan yang bebas.

(V) PERSEMPADANAN, PEMBIAYAAN POLITIK DAN SISTEM ALTERNATIF
19. Pengahihan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak
19.1. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat cadangan supaya jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat diseimbangkan di antara kerusi bagi Semenanjung dengan kerusi negeri Sabah dan Sarawak seperti mana diperuntukkan dalam dokumen Inter-Govenment Committee (IGC) semasa penubuhan Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura memperolehi 34 peratus daripada kerusi di Dewan Rakyat pada penggal tersebut.
19.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan diperuntukkan 34 peratus daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat adalah bagi memastikan kuasa seimbang boleh digunakan oleh mana-mana wakil Sabah dan Sarawak bagi memastikan suara dan kepentingan yang melibatkan negeri Sabah dan Sarawak dalam semua hal yang berkaitan undang-undang dapat dipertahankan.
19.3. Jawatankuasa mengesyorkan suatu kajian terperinci dibuat atas cadangan di atas untuk dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip pembentukan Malaysia.

20. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang
20.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan urusan kajian persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri mengambil kira keseimbangan jumlah pemilih termasuk wajaran kawasan luar bandar (rural weightage) dan juga memenuhi prinsip ‘Satu Orang, Satu Undi’.
20.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menyemak semula Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan bertujuan memberi makna sepenuhnya kepada prinsip ‘Satu Orang, Satu Undi’ dan mengembalikan wajaran kawasan luar bandar (rural weightage).
20.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menentukan satu formula yang adil dan saksama berdasarkan satu prinsip yang tetap dalam menentukan jumlah pengundi di sesuatu bahagian pilihan raya dalam satu negeri tidak berbeza dengan ketara.

21. Peruntukan dana kepada parti politik
21.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar Kerajaan mengadakan peruntukan dana kepada parti politik mengikut jumlah kerusi yang diperoleh dalam pilihan raya dalam usaha untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara ini serta membendung gejala rasuah oleh ahli politik dalam pilihan raya.
21.2. Jawatankuasa juga mengambil maklum bahawa mekanisme pelaksanannya perlu dikaji secara mendalam memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan Kerajaan serta pindaan kepada aspek perundangan. Perkara ini wajar diberi perhatian untuk dilaksanakan dalam jangka masa panjang.
21.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk setiap parti politik mengisytiharkan apa-apa sumbangan yang diterima dari mana-mana sumber semasa kempen pilihan raya.
21.4. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan mengadakan peruntukan dana dan menggubal formula yang sesuai bagi parti politik dan calon yang menang mengikut jumlah kerusi yang dimenangi dan undi yang diperolehi dalam pilihan raya mengikut agihan 50% untuk kerusi yang dimenangi dan 50% untuk jumlah undi yang diperolehi, tertakluk kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan dan juga kaedah yang akan digubal.

22. Sistem pilihan raya baru
22.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa sistem pilihan raya yangdiamalkan di Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang ialah Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post).
22.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menambah baik Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post) sedia ada ataupun mengkaji apa-apa sistem pilihan raya lain seperti sistem campuran (First-Past-The-Post dan Proportionate Representation) atau Sistem Perwakilan Berkadaran (Proportionate Representation).
22.3. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR meneliti cadangan ini kerana ia merupakan perkara yang melibatkan dasar yang perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan dan melaporkan semula kepada Jawatankuasa seperti di perenggan 10.7.

SUMBER

Siti Nur Fatihah Mahadi Lari Sebab Tekanan Keluarga ?

on Khamis, 22 Mac 2012

Siti Nur Fatihah Mahadi - Remaja sekolah yang berumur 15 tahun iaitu Siti Nur Fatihah yang sebelum ini didakwa diculik sebelum ditemui semula di rumah keluarga kekasihnya di Pekan, Pahang memberitahu dia sengaja melarikan diri kerana tertekan dengan keluarga.Polis setakat ini belum mendapat maklumat lanjut mengenai bentuk tekanan yang dihadapi oleh gadis itu sehingga memaksa dia mengambil jalan singkat untuk lari dari rumahnya di Taman Tas di sini.

Nasihat akulah kan kepada remaja lain yang punya masalah dengan keluarga,bertindaklah mengikut kewarasan dan kewajaran.Kalau perlu silalah berjumpa kepada orang yang mampu menyelesaikan masalah.Tindakan lari dari rumah bukan hanya menyusahkan banyak pihak tapi merugikan diri sendiri..

Berfikir sebelum buat..lebih baik dari buat tanpa berfikir..

Gambar sekadar hiasan

Pembunuhan Nurul Nadirah 3 Suspek Bakal Di Dakwa

on Rabu, 14 Mac 2012

Pembunuhan Nurul Nadirah | Kes Pembunuhan Dirang | Rangka Mayat Rentung  | Kes Bunuh - Seperti yang semua sedia maklum bahawa Ujian DNA telah mengesahkan bahawa rangka rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit Nusa Damai adalah kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima dua minggu yang lalu.Pihak polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri untuk membantu siasatan.

Menurut beberapa laporan akhbar hari ini pihak Polis sedang dalam proses menyiapkan kertas siasatan untuk mendakwa suspek yang membunuh dan membakar Nur Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang.Pihak polis sedang menunggu laporan dari jabatan kimia untuk menyiapkan kertas siasatan dan akan dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selajutnya.Tiga dari empat suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis metamphetamine dan “ice”. Dua dari suspek tersebut juga didapati mempunyai rekod jenayah untuk kes dadah dan curi.

Harap siasatan cepat selesai dan pembunuh segera dihadapkan ke mahkamah untuk hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang kejam ini.

Al-fatihah buat Nurul Nadirah @ Dirang.

Pengerusi Eksekutif NFC Didakwa Atas Empat Pertuduhan

on Isnin, 12 Mac 2012

Pengerusi Eksekutif NFCorp didakwa | Pengerusi NFC Di Dakwa Atas 4 Pertuduhan - Isu hangat yang sering diperkatakan sekarang iaitu isu NFC.Hari ini Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di dakwa di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan pecah amanah dan Akta Syarikat membabitkan wang berjumlah melebihi RM49 juta.Bagi kesalahan pecah amanah, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta juga boleh dikenakan denda.Bagi kesalahan mengikut Akta Syarikat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 132 (3) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM30,000.

Turut hadir ialah isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Anak sulung mereka, Wan Shahinur Izmir.Isu NFC timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai prestasi projek ternakan lembu yang diusahakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin terhadap Mohamad Salleh berjumlah RM500,000 dengan tarikh sebutan kes ditetapkan 13 April ini.

sumber

Video Bogel Melia Aimelia Memang Sahih - Rotikaya.com

Bukti Video Bogel Melia Aimelia Sahih | Pemilik Blog Rotikaya Ada Bukti Video Milik Melia Aimelia - Merujuk dengan isu video bogel individu yang seakan Melia Aimelia yang tersebar sedikit masa lalu,pemilik blog hiburan rotikaya.com tampil menyatakan yang dia mempunyai bukti yang mengatakan video itu sahih milik Melia Aimelia.Seperti yang dipetik dari akhbar harian yang tak kurang sensasinya..hehe Harian Metro pemilik blog itu menyatakan..

“Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.

Bagi akulahkan.. kalau tak ada angin manakan pokok boleh bergoyang..tapi kan lebih baik kalau angin tu dari awal-awal jangan goyang pokok..settle cara peribadi..tak yah nak siar-siar dulu..apa-apa pun dua-dua pihak tepuk dada tanya iman..benar atau salah hanya Allah yang mengetahui..

sumber 

Konsert Erykah Badu Dibatalkan .. Baguslah Macam Tu

on Selasa, 28 Februari 2012

Konsert Erykah Badu | Konsert Erykah Badu Dibatalkan - Konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu, yang dijadualkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dibatalkan.Pembatalan itu kerana konsert penyanyi berkenaan melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.Sebelum ini Badu mencetuskan kontroversi berikutan penampilannya dengan bertatu kalimah Allah pada badannya.

Baguslah macam tu.Lagi pun konsert tu bukan memberi apa makna pun kepada pembangunan minda kita..huhu.Kalau ikutkan,ini le pertama kali aku dengar nama penyanyi ni..kah kah.. Terima kasih kepada pihak yang berkenaan yang memahami dan mendengar suara orang ramai..

Pejabat Apek Disimbah Cat .. Apa Kes Daaaa

on Selasa, 14 Februari 2012

Tak habis lagi kisah menjadi mangsa fitnah,timbul pula satu lagi hal yang mungkin boleh dikategorikan sebagai ancaman.Kini penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat berdepan pula satu lagi masalah apabila pihak tertentu apabila bangunan pejabat syarikat miliknya, Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd (KFR) disimbah hitam.Yang biasa kita dengar cat merah,yang ini hitam pula.

Menurut sumber,sudah tiga kali perkara ini berlaku.Pihak pengurusan KFR telah pun membuat laporan polis demi menjaga kepentingan dan keselamatan Apek dan kakitangan.

Apa lagilah yang berlaku ni.Ada yang dengki ke..ermm dendam kot..ermm sesaja nak cari pasal agaknya..berbagai andaian boleh dibuat,namun kita serahkan saja pada pihak yang buat siasatan.Kepada Apek sabar je lah.

Disesuaikan untuk siaran melalui sumber.

Nur Eilunie Natasha Nazri Sedia Saman Pemilik Twitter

on Ahad, 12 Februari 2012

Nur Eilunie Natasha Nazri | Leuniey | Isu Leuniey Putus Tunang | Apek - Individu yang dikaitkan dengan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menyatakan sedia menyaman pemilik akaun twitter yang menyebarkan cerita yang tidak benar tentang hubungannya dengan Apek.Sebelum ini tercetus kontroversi dimana Apek telah memutuskan hubungan dengan Dahlia Teck dan menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang bernama Leuniey.

Leuniey dalam satu sidang akhbar baru-baru ini menafikan dia mempunyai hubungan dengan Apek dan turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa tonggak utama pasukan bola sepak Kelantan itu menjadi punca dia memutuskan ikatan pertunangan dengan anak seorang usahawan batik di negeri ini.Leuniey sekali lagi menegaskan dia tidak pernah berkawan dengan Apek dan hanya bapanya, Nazri Adnan yang berhubung dengan penjaga gol itu kerana urusan perniagaan.

Semoga cepat selesai..

Disesuaikan Untuk Terbitan dari Sumber

Kau Saman Aku,Aku Saman Kau Balik

on Rabu, 1 Februari 2012

As Salam dan selamat sejahtera buat semua.Pernah dengar tak kalau orang ada cakap macam ni.." tak makan saman betul budak ni ".Itu kalau dah geram sangat dengan bebudak kecil yang tak layan dek tegur.Lepas ni adik-adik jangan makan nasi dah..kena makan saman..kalau tak makan saman nanti jadi orang degil..ohh macam merepek pula aku tulis.

Kenapa pula aku cerita saman-saman ni.Sebenarnya sebab kes ni.Balas membalas saman.Zaman sekarang biasalah saman tu hal biasa je.Jadi kena hati-hati menulis sesuatu perkara yang sensitif dalam blog kalau tak mahu kena saman.

Blogger, Ahmad Sofian Yahya, 47, yang mengendalikan blog sekupangduas.blogspot.com memfailkan saman balas bernilai RM11 juta terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming di Mahkamah Tinggi di Ipoh.Pada 3 Januari lalu, Kor Ming menyaman Ahmad Sofian RM10 juta kerana didakwa menyiarkan artikel yang memfitnahnya.

Harap kes ini selesai dengan baik.. mahkamah badan berkecuali,memang tak perlu dipertikaikan.Aku menulis pun atas dasar berkecuali..huhu.

Semakan Semula SBPA Lima Perkara Utama Yang Dikemukakan CUEPACS

on Jumaat, 27 Januari 2012

Semakan Semula SBPA | Lima Perkara Dikemuka CUEPACS Dalam Semakan SBPA - Semua telah maklum bahawa semakan semula keatas skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sedang dijalankan.Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula SBPA itu.

Lima Perkara utama yang dikemukakan CUEPACS untuk dipertimbangkan dalam semakan SBPA adalah
1- Mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah
2- Mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA
3- Mengkaji semula kedudukan gaji penjawat yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum
4- Mengkaji semula kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus
5- Semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred.


sumber Bernama

Pelajar Ugut PM | Cakap Siang Pandang-Pandang,Cakap Malam Dengar-Dengar

on Ahad, 15 Januari 2012

Kes Pelajar Ugut PM Di Laman Sosial - Cakap siang pandang-pandang ,cakap malam dengar-dengar begitulah peribahasa yang sering kita dengar.Sama seperti kes pelajar USM yang ditahan polis kerana mengeluarkan kata-kata ugutan dilaman sosial yang memakan diri.Pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu depan.Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jadi biar pun apa yang kita tulis,pastikan tiada yang melanggar undang-undang.Walaupun tanpa niat atau bergurau,namun peruntukan undang-undang dah termaktub.Siasatan perlu dilakukan.Salah atau tidak kemudian cerita.Memang dunia maya ini tanpa sempadan,namun batasan tetap ada.

Sekadar informasi..jangan ada yang sibuk-sibuk nak kaitkan dengan politik..aku tak suka eh.
Recommend On +1
 
© KizMySeLf All Rights Reserved