Sabarlah Abil Fikri Ahmad

As salam , agak sekian lama menyepi atas urusan yang tak dapat dielakkan..tapi itu tak pentingkan.. hari ini tergerak hendak menulis semula setelah minda ini agak berkarat dalam menjana idea yang entah kemana hilangnya. Tadi terbaca dalam akhbar tentang kisah Abil Fikri Ahmad yang menjaga isterinya yang sakit urat saraf. Manjaga isteri yang terlantar. Sebelum ini pernah dengar di televisyen namun aku agak kurang ambil perhatian.. tapi bila terbaca luahan Abil dalam akhbar dimana ada pihak yang menuduhnya sengaja mencari publisiti dengan menulis kisahnya menjaga isteri yang terlantar dalam blog. Ermm peliklah dunia ni..kenapa itu pun hendak dipertikaikan. Mungkin orang yang memandang itu tidak merasa beban seperti orang yang menanggung..cakap memang mudah.

Saya kecewa. Saya tak sangka ada pihak yang sanggup menuduh saya sedemikian rupa,” katanya yang tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan atas keadaan isterinya." antara luahan Abil apabila ada pihak yang menuduhnya mencari publisiti di blog. 

"Encik Abil saja reka cerita nak cari publisiti ke? Buat blog untuk 'promote' diri? Nak tunggu dapat anugerah suami mithali? Supaya dapat gelaran Datuk?"

Begitulah bunyi SMS yang diterima Abil sejak ceritanya tersiar. Apa salahnya dia nak tulis kisahnya di blog. Dia bukan tulis cerita fitnah. Bukan tulis cerita dunia hiburan yang melampau. Bukan menulis artikel cerita seks atau siar gambar porno. Abil cuma menulis kisahnya menjaga isterinya yang sakit dan terlantar. Mungkin dengan cara menulis di blog yang juga boleh dianggap diari online dapat meringankan tekanan yang di tanggung Abil.

Saya juga sebagai suami , menyokong penuh apa yang ditunjukan dan diceritakan oleh Abil kerana ianya boleh dijadikan motivasi kepada suami yang lain. Sebab kita tidak tahu nasib kita nanti. Mungkin kita juga akan mengalami nasib seperti Abil. 

Semoga Abil Fikri Ahmad terus tabah dalam menjalani hidup..Insyaallah dengan usaha , doa dan tawakal akan ada sinar baru dalam hidup Abil dan isteri. 

SESUATU YANG MENARIK YANG PERLU TAHU

Cara Macam Mana Nak Masuk Gua Bersama Manchester UnitedDISINI

Kasih Seorang ibu DISINI

**Seperti yang dipaparkan oleh 8share

4 Komentar untuk "Sabarlah Abil Fikri Ahmad"

manusai bro mcm2 perangai ado..yg buek cito bukan2 tu x nak pulak di bising eh

tak ptut la ada yg tudug abg abil camtue.. saya pun selalu baca cerita di blog dia.. dan saya tak rasa apa dia tulis tue sebagai satu cara nak raih publisiti cara mudah. sebab abg abil sendiri dah nyatakan dia buat blog nie khas buat tatapan isteri dia bila suatu hari nanti isteri dia kembali pulih.. ish ish ish tak paham dengan org yg sms tue. kat mana salah abg abil buat blog tue..

Assalammualaikum

bila kisah ni dh mula tersebar kat tv dan fb, banyak yg bg semangat x kurang pulak yg tunjuk bagus dgn mengatakan fikiran dia sorang je betul walaupun sebenarnya tanggapan org yg bg komen negetif tu silap..

Blog tu kn tempat dia nk bercerita, meluahkan apa yg dia rasa dlm 1 hari menjaga isteri yg dia syg. Kot ada yg rasa dia ambil kesempatan tu p skodeng tgk caner dia jaga isteri dia... Betul ke x spt yg dia tulis kat blog tu..

To abg abil... 10 org mencemuh anda, 100 org ada lg untuk menyokong anda.. Jangan layan komen negetif k, Sudahlah x membantu lagi mau banyak bunyi.. Apa punya makhluk pun tak tahu la diaorang tu..

- u know me -

Assalamualaikum wbt. sy nabil.. bila sy baca post encik, sy pun terasa makin kuat sayang pada isteri. untuk pengetahuan encik, kami telah berkahwin sejak 5 mei 2010. namun pada 25 disember 2010 isteri saya telah disahkan mengidap penyakit buah pinggang kronik. luluhnya hati saya tuhan sahaja yang. sedih, tak sampai hati saya melihat isteri menanggung sakit.

Terima Kasih atas komen anda. Saya juga menulis di www.kizmyself.com dan www.infosukan.com

Terkini di SUKAN

Terkini Di INFO SEMASA

Terkini Di Santai

Lain-Lain Pilihan