Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3 Kerana Isu Bintulu ?

on Khamis, 6 September 2012

Nurul Syuhada Nurul Ain Letak JawatanNurul Syuhada Nurul Ain , personaliti TV3 yang baru-baru ini terlibat dengan kontroversi kenyataannya tentang pemilihan Bintulu sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia dikhabarkan sudah pun menghantar surat perletakkan jawatan sebagai pekerja di TV3. Namun sebab perletakkan jawatan itu tidak dapat dipastikan. 

Sebelum ini banyak pihak meminta beliau meminta maaf atas kenyataannya menyifatkan Bintulu, Sarawak sebagai sebuah daerah daif termasuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Nurul Syuhada Nurul Ain telah pun mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas apa yang berlaku melalui akaun Twitter miliknya. Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.

sumber rujukan Mynewshub
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Recommend On +1
 
© KizMySeLf Media Info Dan Santai All Rights Reserved