As salam.. berakhir Ramadhan kini munculnya syawal.. Ramadhan yang di rindu, syawal yang diraikan. Macam tahun sebelumnya aku sekadar membuat persiapan secara ala kadar je. Apa yang penting anak dan isteri diutamakan dulu. Itulah salah satu pengorbanan seorang ayah..ucehh...skema..wekkk..
Selalunya bab pakaian baru ni aku tak kisah sangat. Sebab bukan masa raya je nak beli yang baru. Lagi pun yang beli sebelum ni pun leh pakai lagikan..tapi sebat gak sehelai jangan tak ada..haha. Tapi bab beraya ni , yang paling seronok adalah kanak-kanak..masa untuk kumpul duit raya..
Persiapan juadah raya juga adalah salah satu perkara yang memeriahkan sambutan raya. Kat Negeri Sembilan ni masa hari lihat anak bulan akan ada acara mantai..alaa..sembelih lembu dan kerbau untuk dijual dagingnya..memang berderet sepanjang jalan orang jual daging..meriah..maknanya nak dapat daging tu tak susahlah.
Paling tak boleh tinggal adalah lemang..mesti atau erti kata lain wajib ada.Jadi kena rajinlah nak menjaga api masa proses masak lemang. Kalau tak jaga memang hangus lerr.. apa yang penting kerjasama bak kata wonderpets.. SELAMAT HARI RAYA yeaahhh..
![]() |
| Lemang weiii.. terbaik punya ni..haha |



{ 1 ulasan... read them below or add one }
bak lemang seketuk due
19 Ogos 2012 2:25 PG
Catat Ulasan