Live Streaming Debat Chua Soi Lek Dan Lim Guan Eng

on Jumaat, 6 Julai 2012

Live Streaming Debat Chua Soi Lek Dan Lim Guan Eng 8 Julai 2012 | Siaran Langsung Debat MCA dan DAP - Menurut laporan laman web rasmi MCA melalui Biro Publisiti MCA , mereka akan menyiarkan siaran langsung secara live streaming di laman web mereka debat antara Presiden parti itu dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ( LGE ) pada 8 Julai 2012 ini. 

Debat yang dianjurkan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Ahad (8 Julai 2012), dari pukul 2.30 pm hingga 4.30 pm. Tajuk debat  ialah “DAP and MCA: Whose Policies Benefit The Country More?". (DAP dan MCA: Dasar Siapa Yang Memberi Lebih Manfaat Kepada Negara).

Orang ramai yang berminat menyaksikan secara langsung debat itu melalui Internet boleh mengakses laman web berkenaan www.mca.org.my dan http://www.ustream.tv/channel/mca-tv1.

dari sumber BERNAMA.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Recommend On +1
 
© KizMySeLf All Rights Reserved