Dimitar Berbatov Bersedia Tinggalkan Manchester United - Seperti pepatah , ditelan mati emak diluah mati bapa , begitulah situasi yang dihadapi oleh pemain bintang MU yang sering disisihkan kesebelasan utama Man Utd dalam saingan liga EPL mahupun peringkat eropah. Penyerang yang sudah empat tahun di Old Trafford itu merayu untuk dilepaskan selepas dia hanya tampil 12 kali dalam pertandingan Liga Perdana Inggeris musim lalu.
Berbatov mahu menamatkan kontraknya bersama MU untuk bersama pasukan lain yang boleh memberi ruang kepadanya untuk bermain namun tetap berharap untuk terus kekal dalam pasukan Manchester United.
"Sebenarnya, saya sayang kelab ini tetapi saya tidak mahu kelihatan tidak berguna jika saya tidak bermain, Saya mahu bermain dan saya mahu membantu.Tetapi tanpa sebarang alasan ia tidak berlaku, atau peluang saya dihadkan. Jadi adalah lebih baik jika saya ucapkan selamat tinggal." seperti yang diluahkan dalam Facebooknya.
DIMITAR BERBATOV



{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan