Minyak rambut tiada letak minyak kelapa,
Walaupun mood raya dah memuncak,
Puasa Ramadan jangan di lupa.
Dah perasan kacak terus bergaya,
Segala yang ada semua nak diperaga,
Poket semakin kempis shopping raya,
Jangan lupa lepas raya nak pakai duit Juga.
Masam-masam rasanya cuka,
Lagi best kalau curahkan kat luka,
Balik kampung semua suka,
Pandu cermat elak duka.
Bulan puasa jangan asyik mengata,
Jangan buat cerita untuk di jaja,
Kunjung mengunjung amalan kita,
Jangan duk rumah tonton TV sahaja
Pandai memilih antara intan dan kaca,
jangan hanya rambang mata,
Terima kasih buat pembaca,
Salah silap kemaafan di pinta.


{ 13 ulasan... read them below or add one }
selamat hari raya :)
26 Ogos 2011 11:10 PTG
tumbangnya pohon dilibas taufan,
taufan mengganas tanpa henti,
10 jari ku susun pohon kemaafan,
dihari lebaran yang mulia ini.
26 Ogos 2011 11:19 PTG
hoho.. saya tak pandai berpantun la... heheh..macamna pon salam lebaran yer...:)
26 Ogos 2011 11:24 PTG
pokok keluduk dan pokok jepun
senapang buluh polughu conoghai
haghi ghayo sekali setahun
den balik ghayo maso aghi mantai..
26 Ogos 2011 11:27 PTG
err... kb tak pndai berpantun.. heheh.. tp best la pntun ni..
26 Ogos 2011 11:33 PTG
bila takbir mula bergema,
syaitan telah lepas berkeliaran,
alien keroro hendak beraya,
salah silap mohon diampun.
hehe :P
26 Ogos 2011 11:42 PTG
taik hidung hijau melekit,
selamat makan kuih semperit.
sekian.
26 Ogos 2011 11:48 PTG
bila raya line busy gila,
mase tu nak marah pun tak guna,
maxis, celcom, digi semua sama,
kalau cu=ik mimie tak yah tunggu raya,
ucap sekaranag pun ok apa.
selamat jari raya..^_^
26 Ogos 2011 11:59 PTG
aku fail bab pantun ni . hehe.. banyak entri pasal hari raya ye :p
27 Ogos 2011 12:03 PG
x brapa reti pantun2 ni..
btw, selamat hari raya & maaf zahir batin ^^
27 Ogos 2011 12:39 PG
selamat hari raya! =)
nice pantun la. hehe
27 Ogos 2011 12:44 PG
dijalan raya banyak kereta,
mula lah jem dimerata-rata,
jangan lupa pasang bendera dan pelita,
itu tanda merdeka raya kita,
hehe tq :)
27 Ogos 2011 1:19 PG
Kepada semua rakan dan taulan,
Ampun dipohon ikhlas bersulam,
Terkurang terlebih mohon halalkan,
Terluka jiwa jangan berdiam.
Di pagi syawal doa dipanjat,
Bersama menyambut dihujani rahmat,
Syukur ramadhan kita selamat,
Moga amal kita semua diberkat.
27 Ogos 2011 9:21 PG
Catat Ulasan