Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima

Posted by


Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang
diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. Rasulullah SAW dalam hadisnya ada
menyatakan :
” Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Tangan
yang diatas adalah pemberi dan tangan yang dibawah adalah penerima”.
( Riwayat muslim )
Jadi ringan2kanlah tangan kita untuk memberi sedekah walaupun dalam kadar yang kecil..Bukan hanya wang ringgit atau harta benda yang boleh di buat sedekah tapi tenaga atau pun senyuman dah kira sedekah janji kita ikhlas..

Sabda rasulullah SAW:
”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar,
sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan
menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”

Ulama’ feqah bersepakat bahawa hukum asal sedekah adalah sunat, berpahala jika
dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Ada kalanya sedekah menjadi wajib,
contoh yang mudah ialah jika seseorang itu bertemu dengan seseorang yang menderita
kelaparan teruk hingga mengamcam jiwanya, sementara orang yang melihatnya tadi
mempunyai makanan yang lebih dari apa yang diperlukannya. Maka ketika itu adalah
wajib memberikan sedekah padanya. Ada ketikanya sedekah menjadi haram, jika
seseorang yang bersedekah itu tahu dengan pasti bahawa penerima akan
menggunakannya kejalan maksiat.
Sedekah adalah lebih utama dan afdal jika dihulurkan secara diam-diam, berbanding
dengan cara yang berterang-terangan.

Mengapa perlu kita bersedekah?. Sedekah dalam ertinya yang luas ialah sesuatu
pemberian yang diberikan oleh seseorang muslim kepada seorang muslim yang lain
secara sukareladengan hanya mengharapkan redha dan pahala dari Allah S.W.T. Malah
sedekah tidak terhenti pada pemberian sesama manusia, tetapi juga mencakupi mahluk
lain yang hidup.

-= Yang baik datangnya dari Allah..Yang buruk adalah dari kesilapan kita sendiri =-
sumber rujukan :


Blog, Updated at: 10:07 PTG

4 ulasan:

  1. sedekah satu amalan yang mulia..:)

    BalasPadam
  2. kpah kalau nak bg sedekah..kpah suruh anak yg bagi..melatih anak2 tu agar suka bersedekah...

    BalasPadam
  3. amalan ini dibawa sehingga mati...
    thanks for this ilmiah info..

    im already followed your blog!
    and if u think my blog interesting, u can do the same thing!

    BalasPadam

Terima Kasih atas komen anda. Saya juga menulis di www.kizmyself.com dan www.infosukan.com